Blogger templates

Friday, November 29, 2013

Ambiklah Tahu : Terowong SMART


Ambiklah Tahu : Terowong SMART 


Satu lagi ciptaan yang bernas yang telah menaikkan nama Malaysia, Terowong SMART atau  "Stormwater Management And Road Tunnel" ini dibina bagi mengatasi masalah banjir yang dihadapi di Kuala Lumpur serta secara tidak langsung mengatasi masalah lalu lintas.

Kuala Lumpur merupakan satu bandaraya metropolis yang bernilai berbillion dolar serta dihuni oleh ramai orang, banjir bukan satu pilihan. Namun manusia tidak mampu menghalang kuasa alam, pembinaan terowong ini membenarkan kuasa alam berlaku namun kita mengurangkan kesannya. Terowong yang dibuka secara rasminya pada yang dimulakan pembinaannya pada tahun 2003 menelam kos lebih RM1,887 million (US$514.6 million) dan mempunyai panjang 9.7KM.

 

Menggunakan 2 buah mesin Herrenknecht's Tunnel Boring Machines (TBM) daripada Jerman dimana  Gusztáv Klados seorang jurutera senior dalam pembinaan terowong ditugaskan untuk membina terowong ini. Terowong ini melingkar bermula dari Kampung Berembang yang berhampiran dengan Sungai Klang di Ampang dan berahkir di Tasik Taman Desa berhampiran Sungai Kerayong di Salak Selatan.


Terowong ini berfungsi sebagai alat untuk mengurangkan kesesakkan lalu lintas semasa ketiadaan banjir, namun apabila banjir melanda, lalu kenderan di tingkat bawah akan dibuka dan air banjir akan mengalir ke arah Sungai Klang, namun diatasnya kenderaan masih boleh melaluinya. Apabila banjir besar berlaku keseluruhan terowong ditutup untuk kenderaan dan seluru terowong digunakan untuk mengalirkan air banjir.

Pembinaan terowong sememangnya memberi kesan yang positif terhadap ekonomi negara yang berjaya menyelamatkan berbillion ringgit perniagaan diatasnya serta telah meletakkan Malaysia sebagai contoh negara yang berjaya mengatasi masalah banjirnya.




0 comments: