• WELCOME TO BrOpOyO

    RILEKS BRADER, BRADER RILEKS LAYARI PAGE FACEBOOK BROPOYO DI https://www.facebook.com/bropoyo

  • Ambiklah Tahu : Kematian Ariel Sharon Pembunuh Palestin

    'The Bulldozer' adalah panggilan terhadap Ariel Sharon, akhirnya pemimpin Israel yang penuh dengan kontroversi semasa pemerintahannya meninggal dunia setelah 8 tahun koma pada umur 85 tahun setelah mengalami serangan angin ahmar.

  • SENARAI TOP RANKING UNIVERSITI 2014 (IPTA/IPTS)

    Ranking berdasarkan QS Asia Universiti Ranking

  • MH192 Selamat Mendarat di KLIA

    Alhamdulilah telah dipastikan pesawat MH192 telah selamat mendarat di KLIA pada jam 1.56pagi tadi.

  • The Grand Tour : Gua Tempurung

    Gua Tempurung, Gopeng, Perak. Untuk pengetahuan Gua Tempurung ni adalah salah satu gua batu kapur terbesar di Malaysia(...)

  • Ambiklah Tahu : Nasib siTikus Makmal

    Korang semua pernah buat dissecting tikus tak? Ade yang kesiankan tikus ,dahlah comel nak kena bunuh plak tu. Tapi kadang-kadang dikalangan kaum hawa ni tikus tuu yang kesiankan diorang maklumlah nak pegangpun sampai terloncak-loncak

  • Ambiklah Tahu : Menara Petronas Satu Pembinaan Yang Unik

    Apabila ke luar negara sebut nama Malaysia ramai yang tidak mengenali tetapi jika sebut sahaja KLCC semua orang mengenalinya. Menara Berkembar Petronas pernah memegang rekod bangunan tertinggi didunia pada tahun 1998 hingga tahun 2004, sekarang menara berkembar ini masih memegang rekod menara berkembar tertinggi didunia.

  • Ambiklah Tahu : Terowong SMART

    Satu lagi ciptaan yang bernas yang telah menaikkan nama Malaysia, Terowong SMART atau "Stormwater Management And Road Tunnel" ini dibina bagi mengatasi masalah banjir yang dihadapi di Kuala Lumpur serta secara tidak langsung mengatasi masalah lalu lintas.

  • Ambiklah Tahu : Top 10 jet perjuang paling cool

Blogger templates

Sunday, April 20, 2014

MH192 Selamat Mendarat di KLIA


MH192 Selamat Mendarat di KLIA


Alhamdulilah telah dipastikan pesawat MH192 telah selamat mendarat di KLIA pada jam 1.56pagi tadi. Pesawat tersebut dikatakan berlepas daripada Kuala Lumpur International Airport (KLIA) pada jam 10.09 malam ke Bangalore telah mengalami kerosakan teknikal apabila gear sebelah kanannya terbakar semasa berlepas. Pesawat tersebut membawa penumpang seramai 166 orang yang terdiri daripada 159 orang penumpang dan 7 orang anak kapal. Kesemua penumpang dan anak kapal dilaporkan selamat.




Rujukan : Astro Awani

SENARAI TOP RANKING UNIVERSITI 2014 (IPTA/IPTS)


SENARAI TOP RANKING UNIVERSITI 2014 (IPTA/IPTS)


Ada beberapa kriteria yang dilihat sebelum meletakkan sesebuah institusi tersebut dalam ranking teratas dalam QS Universiti Ranking. Sebagai contoh pengeluaran jurnal-jurnal daripada sesebuah universiti serta penyelidikan yang dilakukan dan impaknya terhadap masyarakat. Selain itu, nilai komersial yang terdapat pada sesebuah penyelidikan juga penting, penghasilan graduan-graduan yang berkualiti serta berdaya saing juga merupakan faktor penting sama ada ijazah sarjana muda, ijazah, ataupun ijazah kedoktoran.

Berikut merupakan senarai QS universiti ranking Malaysia 2014 :

1. Universiti Malaya (UM)
2. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
3. Universiti Sains Malaysia (USM)
4. Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
5. Universiti Putra Malaysia (UPM)
6. International Islamic University Malaysia (IIUM)
7. Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
8. Multimedia University (MMU)
9. Universiti Teknologi MARA – UiTM
10. Universiti Teknologi Petronas (Petronas)
11. Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)
12. Universiti Utara Malaysia (UUM)
13. University Malaysia Perlis (UniMAP)
14. Limkokwing University of Creative Technology (Lim Kok Wing)
15. Universiti Malaysia Pahang (UMP)
16. Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
17. Universiti Tun Hussein Onn University of Malaysia (UTHM)
18. Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR)

Sumber: Senarai Top Ranking IPTA/ IPTS Terbaik Di Malaysia 2014 | melvister.com 

Saturday, April 12, 2014

The Grand Tour : Gua Tempurung


The Grand Tour : Gua Tempurung


Assalamualaikum, agak lama tidak mengupdate blog ni, ok no hal, kali admin destinasi percutian admin semasa cuti mid sem adalah di Gua Tempurung, Gopeng, Perak. Untuk pengetahuan Gua Tempurung ni adalah salah satu gua batu kapur terbesar di Malaysia, kali ini trip admin adalah yang pertama bersama-sama rakan sekelas admin. Alhamdulillah perjalanan dari Kuala Lumpur ke Gua Tempurung yang mengambil masa kira-kira 2 jam lebih ni selamat daripada perkara yang tidak diingini.

Sedikit nasihat kepada para pelancong yang ingin ke gua ini, ambiklah tour 4 (Grand Tour) kerana ianya memang memuaskan hati walaupun mahal sedikit dalam RM21, tour 3 RM 11, tour1 dan 2 only for child hahaha....Selain itu, pakailah kasut sukan, klau ada kasut getah lagi bagus, lampu suluh jangan dilupa dan satu lagi waterproof bag sebab kejadah semua ni mahal kat Gua Tempurung tuuu.


Kecantikan batu kapur dalam gua ini memang tidak dapat digambarkan dengan perkataan, sememangnya ciptaan Allah s.w.t amat cantik tiada tolok bandingnya. Cabaran caving di Gua Tempurung boleh dikatakan mencabar tapi tidaklah terlalu extreme sampai tercungap-cungap, cabarannya seperti merangkap dalam air di kawasan yang sempit, melalui lubang kecil (lubang tikus), bergelongsor dari tebing yang tinggi.


















Sekarang admin kena plan trip seterusnya, mungkin ke Pahang pun bagus hehehe...ade idea tak?

Monday, March 17, 2014

Ucapan terakhir Fariq, co-pilot penerbangan MH370


Ucapan terakhir Fariq, co-pilot penerbangan MH370



Misteri kehilangan penerbangan MH370 masih kekal misteri sejak 8 Mac lalu. Fariq Ab Hamid yang merupakan pembantu juruterbang tersebut meninggalkan ucapan terakhir beliau "Alright, good night" sebelum pesawat tersebut hilang daripada radar kira-kira 1.19 am pagi sabtu.

Kata-kata tersebut diucapkan kepada menara kawalan.  Ketua Eksekutif Malaysia Airline (Ahmad Jauhari Yahya) menolak suara tersebut daripada pihak lain dan juga menjelaskan tiada panggilan telefon dan pesanan ringkas diterima sebaik sahaja pesawat tersebut terputus hubungan.


sumber : http://www.astroawani.com/news/show/mh370-alright-good-night-diucap-fariq-kata-jauhari-31986

Saturday, January 11, 2014

Ambiklah Tahu : Kematian Ariel Sharon Pembunuh Palestin


Ambiklah Tahu : Kematian Ariel Sharon Pembunuh Palestin


'The Bulldozer' adalah panggilan terhadap Ariel Sharon, akhirnya pemimpin Israel yang penuh dengan kontroversi semasa pemerintahannya meninggal dunia setelah 8 tahun koma pada umur 85 tahun setelah mengalami serangan angin ahmar.

Ariel Sharon semasa pemerintahannya dikecam teruk atas sikapnya yang menindas pelarian Palestin di kem pelarian Sabra dan Shatila pada 1982. Dia yang melaksanakan penyusunan pemisahan antara Israel dan negara Palestin dengan membina tembok pemisah di tebing barat pada tahun 2002.

Mungkin ini adalah balasan terhadap tindakannya yang kejam semasa pemerintahannya dan biarlah ini menjadi peringatan bagi semua orang bahawa Allah itu Maha Berkuasa. Setinggi manapun kita berada kita tetap akan berjumpa dengan tanah. Ini juga petunjuk bagi menunjukkan kekuasaan Allah terhadap sekian makhluk diatas muka bumi ini. Kita juga boleh menjadikan ini sebagai pengajaran supaya lebih mendekatkan diri kepada Allah.



  • Ariel Sharon
    Former Prime Minister of Israel


  • Ariel Sharon is an Israeli statesman and retired general, who served as Israel's 11th Prime Minister. Sharon was a commander in the Israeli Army from its inception in 1948. Wikipedia




  • BornFebruary 26, 1928 (age 85), Kfar Malal, Israel


  • Full nameAriel Sharon


  • Previous officesPrime Minister of Israel (2001–2006)Defense Minister of Israel (1981–1983)


  • SpouseLily Sharon (m. 1963–2000)Margalit Sharon (m. 1953–1962)


  • NicknamesBulldozerAriel Scheinermann




  • Rujukan dipetik daripada :




    Thursday, December 19, 2013

    Ambiklah Tahu : BR1M Buka Permohonan 2014


    Ambiklah Tahu : BR1M Buka Permohonan 



    Permohonan bantuan rakyat 1Malaysia boleh mula dimohon bermula Isnin ini sehingga 31 Januari 2014 ini. Bagi penerima bantuan BR1M tahun lepas tidak perlu lagi mendaftar cuma perlu mengemas kini maklumat diri seperti alamat, anggota keluarga dan akaun bank.

    Permohonan baru boleh dibuat secara atas talian ataupun mengisi borang secara percuma bermula tarikh ini. Borang permohonan boleh didapati di Lembaga Hasil dalam Negeri (LHDN), Jabata Pembagunan Persekutuan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat atau muat turun daripada laman sesawang www.hasil.gov.my.

    Penerima BR1M kali dijangka mendapat kenaikan daripada RM500 kepada RM650 bagi isi rumah pendapatan kurang daripada RM3000. Individu bujang yang berpendapatan kuang RM2000 sebulan dinaiikan daripada RM50 kepada RM300. Manakala bagi insuran Takaful Berkelompok Rakyat 1Malaysia atau i-BR1M akan diberikan bagi memberi perlinndungan insuran maksimum sehingga RM30000 jika berlaku kematian atau hilang upaya kekal

    Wednesday, December 18, 2013

    Ambiklah Tahu : Keputusan PMR 2013


    Ambiklah Tahu : Keputusan PMR 2013

    Semakan Secara SMS



    • Semakan keputusan PMR 2013 secara SMS boleh dilakukan mulai pukul 10.00 pagi 19 Disember 2013 sehingga 11.59 malam 25 Disember 2013.
    • Cara semakan demgan menaip PMR [no, MyKad] [angka giliran] dan hantar kepada 15888, contoh PMR 951021145879 BC001A040 sms ke 15888.
    • Setiap sms yang dihantar akan dikenakan bayaran RM0.15 dan setiap sms yang diterima akan dikenakan bayaran RM0.20.
    Berdasarkan pengalaman semasa keputusan PMR yang lalu, terdapat kelewatan atau kegagalan dalam mendapatkan jawapan melalui sms yang dihantar pada hari pertama keputusan diumumkan.
    Selepas keputusan PMR 2012 diumumkan mereka yang ada membuat permohonan kemasukan ke Sekolah Kawalan, Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Maktab Rendah Sains MARA (MRSM), Sekolah Menengah Vokasional/Teknik (SMV/SMT) dan Kolej Vokasional (KV) serta Maktab Tentera DiRaja (MTD) akan mengetahui keputusan permohonan mereka.



    Baca di: http://eputra.com/keputusan-pmr-2013/#ixzz2nsLotaZ3
    Under Creative Commons License: Attribution