Blogger templates

Monday, December 2, 2013

Ambiklah Tahu : Kadar Tarif Elektrik dinaikkan Hampir 15% Tahun Depan


Ambiklah Tahu : Kadar Tarif Elektrik dinaikkan Hampir 15% Tahun Depan



Tarif elektrik akan dinaikkan sebanyak 14.89% atau  4.99sen sekilowat sejam (KWJ) kepada 38.53 sen/KWJ berkuatkuasa 1 januari 2014. Kenaikan ini berpunca daripada semakan semula pemberian subsidi elektrik dan gas.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air. Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata mengumumkannya semasa di parlimen turut memberitahu akan pemberian rebat akan masih diteruskan pada tahun hadapan kepada pengguna yang menggunakan elektrik kurang dari RM 20 sehingga 31 Disember 2014.

Kerajaan sebelum ini menangguanh sebanyak RM 14 billion subsidi bagi elektrik dan gas setahun hasil pelepasan perolehan gas asli termasuk pengguna domestik yang kurang penggunannya 300KWJ sebanyak RM 2.4 billion.

0 comments: