Blogger templates

Thursday, November 28, 2013

Ambiklah Tahu : Aisyah Wahab 30 Tahun Hidup Dalam Kegelapan


Ambiklah Tahu : Aisyah Wahab 30 Tahun Hidup Dalam Kegelapan

Baru-baru ini dunia, Malaysia terutamanya terkejut dengan penemuan semula seorang rakyat Malaysia yang dikatakan hilang selama 30 tahun di Britain.


Aisyah Wahab dulunya seorang pelajar yang pintar dan mendapat biasiswa komanwel untuk menyambung pelajaran di Britain. Dilahirkan pada 27 Mei 1944, Aisyah yang berjaya mendapat biasiswa menyambung pelajarannya di London School of Economic (LSE) di United Kingdom. Pada tahun 1968 dia telah berpindah bersama tunangnya Omar Munir di Britain. Namun begitu apabila disana Aisyah telah terpengaruh dengan pergerakan Maiost  iaitu politik yang melampau sehingga mengabaikan pengajiannya dan telah dikehendaki oleh pihak polis pada tahun 1970 kerana aktiviti berhaluan kiri yang diikutinya. Sekarang Aisyah berumur 69 tahun.


Namun baru-baru ini Aisyah telah dikenal pasti identitinya oleh pihak berkuasa Britain telah dijadikan hamba selama lebih 30 tahun setelah salah seorang daripada 3 mangsa penghambaan menghubungi pihak berkuasa Britain. Setelal mendapat berita mengenainya, kakak Aisyah, Kamar Mautum seorang guru bersara segera ke Britain untuk dipertemukan kembali dengan Aisyah. Kakak sulungnya pula, Hasnah Abdul Wahab ,88 ,berkata beliau akan memeluk dan menangisi apabila berjumpa dengannya kelak

\

Pada 25 Oktober di London seorang daripada 3 orang yang dijadikan mangsa penghambaan telah menghubung pertubuhan kebajikan . Dua lagi mangsa merupakan wanita warga Ireland berumur 57 tahun dan Britain 30 tahun. Siti Aisyah merupakan bekas penuntut di Kolej Tunku Kurhiah (TKC)


0 comments: