Blogger templates

Wednesday, May 1, 2013

TAWARAN PINJAMAN PENDIDIKAN YAYASAN ANGKASA



TAWARAN PINJAMAN PENDIDIKAN YAYASAN ANGKASA
BAGI MENGIKUTI PENGAJIAN
DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM/SWASTA DALAM NEGERI
BAGI PENGAMBILAN TAHUN 2013/2014


Pinjaman Pendidikan Yayasan ANGKASA mempelawa semua anggota koperasi, kakitangan koperasi dan anak anggota koperasi ahli ANGKASA serta kakitangan ANGKASA dan anak kakitangan ANGKASA untuk memohon pinjaman pendidikan bolehubah tanpa faedah kepada calon-calon berkelayakan bagi mengikutikursus pengajian sepenuh masa/separuh masa/PJJ/PLK di peringkat Ijazah Sarjana Muda, Sarjana dan Doktor Falsafah di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Swasta (IPTS) Dalam Negeri.


1.0  SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

1.1  Kelayakan Asas

i.              Warganegara Malaysia
ii.             Anggota koperasi ahli ANGKASA atau kakitangan koperasi ahli ANGKASA atau anak anggota koperasi ahli ANGKASA atau anak kakitangan ANGKASA

iii.            Ijazah Sarjana Muda
Berumur tidak melebihi 25 tahun untuk anak anggota dan anak kakitangan ANGKASA dan tidak melebihi 40 tahun untuk anggota dan kakitangan koperasi ahli ANGKASA pada tarikh permohonan.

Sarjana (Master)
Berumur tidak melebihi 30 tahun untuk anak anggota dan anak kakitangan ANGKASA dan tidak melebihi 40 tahun untuk anggota dan kakitangan koperasi ahli ANGKASA pada tarikh permohonan.

Doktor Falsafah (PhD)
Berumur tidak melebihi 40 tahun untuk anak anggota dan anak kakitangan ANGKASA dan tidak melebihi 45 tahun untuk anggota dan kakitangan koperasi ahli ANGKASA pada tarikh permohonan.

iv.           Telah menerima surat tawaran dari mana-mana IPTA/IPTS.


1.2  Kelayakan Akademik

1.2.1      Ijazah Sarjana Muda ( Jumlah Pinjaman : RM4,500 – RM6,500 setahun )

i.              Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengan
mendapat sekurang-kurangnya 5A dan kepujian dalam Bahasa Melayu / Malaysia atau

ii.         (1)       Lulus Diploma atau Matrikulasi dengan mendapat
sekurang-kurangnya PNGK / CGPA 3.00 atau
(2)       Lulus Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) atau yang diiktiraf setaraf dengan mendapat sekurang-kurangnya (B-) dalam mata pelajaran Pengajian Am dan 2 mata pelajaran yang lain atau
(3)       Lulus Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) atau setaraf dengan mendapat sekurang-kurangnya (5) kelulusan Jayyid – Jiddan dari mana-mana mata pelajaran dan berpengetahuan dalam bidang pengkomputeran dan Bahasa Inggeris.

1.2.2      Sarjana (Master) ( Jumlah Pinjaman : RM18,000 untuk 2 Tahun )

i.              Lulus Ijazah Sarjana Muda dengan mendapat sekurang-kurangnya  PNGK / CGPA 3.00.

1.2.3      Doktor Falsafah (PhD) ( Jumlah Pinjaman : RM20,000 untuk seluruh program )

i.          Lulus Sarjana (Master) dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK / CGPA 3.00.


2.0  SYARAT AM

i )         Pelajar Tahun Pertama Pengajian
ii )        2 orang penjamin
iii)        Tidak mendapat sebarang bantuan kewangan/biasiswa daripada mana-mana penaja lain.
           

3.0  BIDANG PENGAJIAN

Keutamaan diberikan kepada pelajar-pelajar yang mengikuti bidang pengurusan koperasi, pengurusan kewangan, pengurusan perniagaan, pengurusan pelaburan, perakaunan, ICT, undang-undang, kejuruteraan, bioteknologi, sains sukan / kokurikulum dan bidang-bidang yang relevan dengan pembangunan koperasi.


4.0  CARA PERMOHONAN

i.          Borang permohonan dan lain-lain keterangan lanjut boleh didapati dari:-

Pinjaman Pendidikan Yayasan ANGKASA
Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA)
Wisma Ungku A. Aziz, Jalan SS 6/1,
Peti Surat 8797,
Pejabat Pos Kelana Jaya
46798 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan

atau

layari laman web : http://www.angkasa.coop http://hep.um.edu.myhttp://myum.um.edu.my untuk muat turun borang Pinjaman Pendidikan Yayasan ANGKASA.

ii.         Maklumat lanjut hubungi Tel : 03-7800 8186 (Nurasyidah) / 7884 6436 (Hickmawati) atau e-mel : nurasyidah.angkasa@gmail.com.

Pemohon boleh menghantar satu sampul surat berukuran 23cm x 16cm, bersetem 50 sen beralamat sendiri dan catatkan ‘PINJAMAN PENDIDIKAN YAYASAN ANGKASA’ di sebelah kiri sampul surat atau datang sendiri ke alamat di atas.

Permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar tidak lewat daripada 7 OKTOBER 2013. Pemohon yang tidak menerima apa-apa maklumat dari ANGKASA selepas sebulan dari tarikh ini dianggap tidak berjaya.

TAWARAN KLIK SINI
BORANG PERMOHANAN KLIK SINIBAHAN SEMAK KLIK SINI

0 comments: