Blogger templates

Wednesday, April 24, 2013

SEMAKAN PERMOHONAN MATRIKULASI SESI 2103/2014


Para lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2012 yang ada membuat permohonan ke Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sesi 2013/2014 akan boleh menyemak keputusan pengambilan kemasukan ke Kolej Matrikulasi bagi Program Matrikulasi Satu Tahun (PST) dan Program Matrikulasi Dua Tahun  (PDT) mulai 25 April 2013 pukul 4:00 petang.
Keputusan Permohonan Matrikulasi KPM

Cara Semakan Permohonan Matrikulasi

Keputusan permohonan ke Matrikulasi 2013 boleh disemak dengan tiga cara;
    1. Melalui laman web Kementerian Pelajaran Malaysia diSemakan Tawaran Kolej Matrikulasi. (dibuka mulai 25 April 2013 pukul 4:00 pm)
    2. Melalui SMS – Taip MOE (jarak) MAT (jarak) No.KP (tanpa sempang) dan hantar kepada 15888 Contoh: MOE MAT 921001115263 dan hantar ke 15888
    3. Menghubungi talian telefon 03 8884 4083/ 4040/ 4036/ 4100.

Pendaftaran Matrikulasi

  • Mereka yang berjaya mendapat tawaran ke Matrikulasi perlu mendaftarkan diri ke Kolej Matrikulasi yang telah ditetapkan seperti berikut;
    • 19 Mei 2013 Kolej Matrikulasi Labuan
    • 26 Mei 2013 Kolej Matrikulasi Sarawak
    • 27 Mei 2013 Kolej-kolej Matrikulasi di Semenanjung Malaysia
  • Surat tawaran, panduan pendaftaran, dokumen peribadi pelajar dan borang perjanjian perlu dicetak sendiri oleh pemohon dan dibawa semasa hari pendaftaran.
  • Pemohon yang berjaya diminta untuk menghubungi terus kolej penempatan atau melawat laman web kolej yang berkenaan untuk maklumat surat tawaran dan dokumen lain.
  • Sila rujuk senarai kolej di Program Matrikulasi KPM.

Rayuan Matrikulasi

  • Mereka yang layak dan ada membuat permohonan tetapi gagal mendapat tawaran ke Program Matrikulasi KPM boleh membuat rayuan mulai 25 April 2013 sehingga 9 Mei 2013.
  • Rayuan perlu dibuat secara online di laman web yang sama di atas.
  • Keputusan rayuan kemasukan ke Program Matrikulasi dijadual akan diumumkan pada awal bulan Jun 2013.

Maklumat

  • Sila hubungi Talian Bantuan Matrikulasi di 03 8884 4083 jika terdapat sebarang pertanyaan.
  • Sila rujuk komen-komen di Semakan Keputusan Permohonan Matrikulasi KPM2011 dan 2012 sebagai panduan.
  • Sila rujuk laman web Bahagian Matrikulasi KPM untuk mendapatkan maklumat lanjut.

0 comments: