Laporan terbaru yang dipetik dari laman portal berita Filipina, Philstar.com menyebut kini
sedang berlaku insiden berbalas tembakan di Lahad Datu antara tentera Sultan Sulu, Sultan
Jamalul Kiram III dengan pasukan keselamatan Malaysia di sekitar bandar di timur Sabah
itu.
Dilaporkan juga ada mangsa yang cedera namun bilangannya belum dapat dipastikan.
Suasana di sana dikatakan tegang dengan polis dan tentera dikerah mengawal keadaan
yang berbahaya sejak jam 6 pagi waktu tempatan.
Tentera Kiram yang didokong Sultan Sulu itu juga meningkatkan serangan terhadap barisan
Tentera Kiram yang didokong Sultan Sulu itu juga meningkatkan serangan terhadap barisan
pertahanan yang dibina pasukan keselamatan Malaysia menyebabkan insiden tersebut
meletus dalam serangan yang sudah memasuki hari ke-20 itu.
Setakat ini Manila belum memutuskan tindakan terbaru susulan dari insiden tersebut tetapi
pentadbiran presiden Aquino kini dalam keadaan bersiap sedia untuk mengerahkan anggota
tenteranya ke sempadan laut di Laut Sulu manakala Putrajaya dipercayai sudah membuka
bilik situasi (situation room) bagi merencana pelan tindakan seterusnya.
Terdapat kira-kira 800,000 pendatang asing negara itu di negeri ini yang memungkinkan
Terdapat kira-kira 800,000 pendatang asing negara itu di negeri ini yang memungkinkan
tahap keselamatan untuk penduduk tempatan diragui.
Sultan Kiram III masih tidak berganjak dengan keputusannya untuk terus menakluk Lahad
Datu walaupun Manila sudah mengarahkan tentera sultan itu meninggalkan Sabah secepat
mungkin seperti yang dimaklum Putrajaya kepada Manila beberapa jam lalu.
Wartawan asing yang berada di lokasi kejadian dipercayai bersembunyi akibat khuatir
keselamatan mereka terancam sekiranya melaporkan kejadian itu kepada agensi berita
masing-masing dan ditahan pihak berkuasa.
Sementara itu, Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Yong Teck Lee dalam satu mesej di
Twitter sebentar tadi menyebut pasukan keselamatan mengarahkan penduduk sekitar
bandar itu agar mengunci pintu rumah masing-masing.
Deretan kedai dan pasaraya di bandar itu sudah ditutup sejak perintah tersebut berkuat
kuasa sehingga sekarang.
Kawalan keselamatan secara keseluruhannya masih berada di dalam kekuasaan pasukan
keselamatan Malaysia yang bertugas dalam lingkungan radius 25 kilometer dari pusat
bandar.
Beliau juga memaklumkan kesemua perkhidmatan penerbangan MASWings ke Lahad Datu
dibatalkan dan beberapa pesawat milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sudah
mendarat di bandar itu awal pagi tadi.
Bilangan anggota tentera yang tiba belum dapat dipastikan tetapi jumlahnya dikatakan
Bilangan anggota tentera yang tiba belum dapat dipastikan tetapi jumlahnya dikatakan
cukup untuk memusnahkan ketumbukan tentera Sultan Sulu itu dalam tempoh kurang dari
tiga hari.
Berita setakat ini tiga orang komando polis Malaysia terkorban bersama 12 orang militan
sulu.
Ada di kalangan kita yang mengata peristiwa di Lahad Datu satu lakonan pihak kerajaan namun adakah ini yang di katakan lakonan wahai pihak pihak kepala pembangkang. tepuk dada tanya selera
AL FATIHAH UNTUK KEDUA DUA WIRA NEGARA..MEREKA ADALAH WIRA NEGARA
allahyarham Sarjan Sabaruddin Daud
allahyarham inspektor Zulkifli Mamat
Berikut adalah senarai anggota komando PDRM atau VAT69 yang terkorban dan cedera sewaktu serangan mortar dalam krisis Lahad Datu :
1. Inspektor 17992 Zulkifli B. Mamat (terkorban)
2. Koperal 113088 Sabarudin B. Daud (terkorban)
3. Koperal 152133 Mohd Tarmizi B. Hashim (cedera di tangan dan kaki) (ditempatkan di Hospital Lahad Datu)
4. Koperal 135383 Azman B. Ampong (cedera di punggung/peha) (ditempatkan di Hospital Lahad Datu)
5. Konstabel 176533 Mohamad Qaiyum'aiqal B. Zolkifli (cedera di bahu kanan & kedua-dua kaki) (ditempatkan di Hospital Sandakan).
Seorang lagi komando yang menjadi perwira GUGUR tapi dirahsiakan identiti sehingga keluarganya diberitahu terlebih dahulu.

Walaubagaimanapun Sultan Sulu Sultan Jamalul Kiram masih mahu berjuang hingga ke titisan darah terakhir. Nampaknya Malaysia tidak akan berdiam diri lagi apabila perdana menteri telah memberi mandat kepada pihak ATM dan ketua polis negara untuk menyelesaikan masalah ini walau dengan cara apa pun malah perairan sabah sudah dikepung untuk memastikan pejuang sulu tidak terlepas...
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kejadian tembak-menembak antara pasukan keselamatan negara dengan kumpulan penceroboh yang diketuai adik Sultan Jamalul Kiram III, Agbimuddin Kiram, yang telah berkubu di Felda Sahabat 17 di Tungku, Kampung Tanduo, daerah Lahad Datu sejak 9 Februari lalu.
“Saya tidak lagi buat keputusan. Terserah kepada mereka (panglima ATM dan ketua polis negara) untuk ambil tindakan…mereka akan diberikan kuasa sepenuhnya.
“(Kini) sama ada mereka (penceroboh) menyerah diri atau mereka terima apa jua kesan daripada tindakan mereka,” kata Najib.
Perdana Menteri berkata, kumpulan itu kini dikepung sepenuhnya dan pasukan tentera laut negara sudah meningkatkan tahap keselamatan di perairan bagi mengelakkan kumpulan itu melarikan diri.
Perdana Menteri berkata, kumpulan itu kini dikepung sepenuhnya dan pasukan tentera laut negara sudah meningkatkan tahap keselamatan di perairan bagi mengelakkan kumpulan itu melarikan diri.
Beliau turut melahirkan rasa kesal dengan kejadian itu kerana sepatutnya pertumpahan darah mahu dielak daripada berlaku, akibatnya kini negara kehilangan dua anggota keselamatan.
Terdahulu Najib melancarkan jentera pilihan raya kawasan parlimen Pekan di Dewan Konvensyen Pekan yang dihadiri kira-kira 5,000 orang. – BERNAMA
0 comments:
Post a Comment