Blogger templates

Sunday, March 3, 2013

PENDAFTARAN PEPERIKSAAN SPM DAN SPMU 2013


Pendaftaran calon sekolah dan calon persendirian bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) 2013 telah dibuka mulai 1 Mac 2013 seperti yang telah dimaklumkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia, Kementerian Pelajaran.

Borang Pendaftaran SPM dan SPMU

Calon Sekolah

  • Borang pendaftaran boleh diperolehi dan dikembalikan di sekolah masing-masing.

Calon Persendirian

  • Borang pendaftaran boleh diperolehi dan diserahkan di Sektor Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) terdekat.
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

Syarat Kelayakan – SPM

Calon Sekolah

  • Murid tingkatan lima Sekolah Kerajaan/ Sekolah Bantuan Kerajaan/ Sekolah Agama Bantuan Kerajaan/ Sekolah di bawah agensi Kerajaan selain Kementerian Pelajaran Malaysia/ Sekolah Menengah Agama Negeri/ Sekolah Swasta yang berdaftar dengan Kementerian Pelajaran Malaysia/ Sekolah Menengah Agama Rakyat, dan
  • Telah mencapai umur 16 tahun pada 1 Januari tahun peperiksaan SPM.

Calon Persendirian

  • Pernah menduduki peperiksaan SPM/SPM(V)/SPVM/MCE, atau
  • Telah menduduki PMR sekurang-kurangnya satu tahun sebelum mendaftar untuk menduduki Peperiksaan SPM, atau
  • Telah mencapai umur 17 tahun pada 1 Januari tahun peperiksaan SPM.
  • Calon yang pertama kali menduduki peperiksaan SPM dan ingin mendaftar untuk mata pelajaran Bahasa Melayu sahaja hendaklah mendapat kebenaran khas bertulis daripada Pengarah Peperiksaan.

Syarat Kelayakan – SPMU

  • Pernah menduduki peperiksaan SPM/SPM(V)/SPVM/MCE.

Tarikh Tutup

  • Tarikh tutup pendaftaran peperiksaan SPM dan SPMU 2013 adalah pada 31 Mac 2013.
  • Pendaftaran yang lewat tidak akan diterima.

Maklumat



Baca di: http://eputra.com/pendaftaran-peperiksaan-spm-dan-spmu-2013/#ixzz2MXTViIhq
Under Creative Commons License: Attribution

0 comments: