Blogger templates

Monday, February 4, 2013

SEMAKAN TAWARAN KE TINGKATAN 1 SBP AMBILAN KEDUA 2013


Semakan tawaran kemasukan ke Tingkatan 1 Ambilan Kedua di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) bagi tahun 2013 boleh disemak mulai hari ini 29 Januari 2013.
Mereka yang ada memohon memasuki Tingkatan 1 di SBP Kementerian Pelajaran Malaysia dan gagal mendapat tempat semasa pengambilan pertama pada bulan Disember dahulu boleh menyemak sekali lagi keputusan permohonan mereka.

Semakan Panggilan Kedua SBP

Keputusan Permohonan SBP
  • Semakan tawaran kemasukan ke Tingkatan 1 Ambilan Kedua ini boleh dibuat mulai 29 Januari 2013.
  • Keputusan e-Rayuan dan ambilan kedua SBP boleh disemak di Aplikasi Semakan Tawaran Ke Tingkatan 1 SBP Sesi 2013 Ambilan Kedua.
  • Keputusan e-Rayuan tertakluk kepada kekosongan tempat yang ada setelah proses pendaftaran murid yang menerima tawaran semasa pengambilan pertama.

Surat Tawaran

  • Pelajar yang berjaya dan bersetuju dengan tawaran kemasukan ke SBP, perlu mencetak surat dan lampiran tawaran.
  • Surat Tawaran dan lampiran tersebut mesti dibawa semasa hari pendaftaran.

Maklumat

  • Jika terdapat sebarang pertanyaan sila hubungi Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan, Kementerian Pelajaran Malaysia di talian 03 8321 7400.


Baca di: http://eputra.com/semakan-tawaran-ke-tingkatan-1-sbp-ambilan-kedua-2013/#ixzz2Jw20jPnD
Under Creative Commons License: Attribution

0 comments: