Blogger templates

Monday, February 4, 2013

KEMASKINI PERMOHONAN MATRIKULASI KPM SESI 2013/2014




Para pelajar yang mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2012 dan telah membuat permohonan memasuki Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran (KPM) sesi 2013/2014 boleh menyemak dan mengemas kini permohonan mereka sekarang.

Semakan & Kemaskini

Semakan dan kemaskini permohonan matrikulasi ini boleh dibuat di laman web Kementerian Pelajaran Malaysia;
Aplikasi Kemaskini Permohonan Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Sesi 2013/2014
Pelajar hanya perlu memasukkan nombor kad pengenalan atau angka giliran SPM untuk membuat memasuki aplikasi tersebut.
Proses semakan dan kemaskini ini dibuka bagi memberi peluang pelajar yang telah membuat permohonan mengemas kini atau membetulkan maklumat tertentu.

Tarikh Kemaskini

Semakan dan kemaskini permohonan matrikulasi ini boleh dibuat mulai 4 Februari sehingga 18 Februari 2013.
Keputusan Permohonan Matrikulasi

Keputusan permohonan kemasukan ke Program Matrikulasi KPM 2013 dijangka akan diumumkan dalam bulan April nanti.
Pertanyaan

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut sila hubungi talian bantuan Bahagian Matrikulasi di 03 8884 4036 / 4083 / 4040 atau kunjungi laman web Bahagian Matrikulasi.
Talian bantuan ini boleh dihubungi dari jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang pada hari bekerja sahaja.

0 comments: