Ambiklah Tahu : Rusuhan di Singapura
Singapura digemparkan dengan rusuhan yang telah berlaku yang disertai ratusan pekerja asing. Rusuhan ini terjadi apabila seorang daripada mereka dilanggar oleh sebuah bas swasta dalam satu kemalangan jalan raya.
Peristiwa tersebut bermula di Little India apabila seorang pekerja asing berumur 33 tahun dilanggar oleh sebuah bas, dalam kenyataan polis lebih kurang 400 orang pekerja asing yang berada sana merusuh dengan memecahkan cermin bas dan membakar kenderaan termasuk kenderaan polis. Setakat ini seramai 27 orang pekerja asing ditahan bagi membantu siasatan, mereka boleh dipenjarakan 7 tahun dan dirotan jika disabit kesalahan. Rusuhan dapat disuraikan dengan bantuan komando elit Singapura yang tiba ditempat kejadian
beberapa kenderaan polis turut dirosakkan oleh perusuh
antara perusuh yang ditahan
pekerja asing yang maut dilanggar sebuah bas milik syarikat swasta.
0 comments:
Post a Comment