Blogger templates

Tuesday, December 17, 2013

Ambiklah Tahu : Misteri Pam Broad Street


Ambiklah Tahu : Misteri Pam Broad Street


Pada kurun ke-19 di London, England telah berlaku satu misteri dimana ramai penduduknya menghidap satu penyakit misteri yang tidak tahu akan puncanya. Pusat kepada penyakit tersebut adalah di satu tempat iaitu Broad street.


Para saintis pada masa tersebut beranggapan bahawa udara yang tercemar di London merupakan punca kejadian ini. Pada masa tersebut London adalah sebuah bandar yang tercemar dimana diatas jalan jalannya dipenuhi najis kuda kerana pada masa tersebut kuda adalah pengangkutan utama di London.

Pada 31 Ogos 1854 beberapa outbreak telah berlaku di London yang mengakibatkan ramai penduduk sakit dan ada yang mati, masalah ini bertambah buruk apabila bilangan kematian meningkat saban hari. Para saintis yang bingung pada masa tersebut  mengeluarkan pelbagai teori seperti MIASMA THEORY yang mengatakan punca pada masalah ini adalah udara.


Kemudian muncul seorang ahli fizik yang bernama John Snow yang mengeluarkan satu teori bahawa air adalah punca pada masalah ini. Walaubagaimanapun teori tersebut tidak diterima ramai ahli cendekiawan, namun John Snow masih berkeras kerana jika udara adalah punca kepada masalah ini kenapa tidak seluruh London mendapat penyakit tersebut bukannya hanya tertumpu di Broad street.

Misteri terhadap penyakit makin memeningkan apabila didapati di rumah pekerja berdekatan pam air Broad street jumlah pesakitnya adalah sedikit berbanding di luar. Rata rata pekerja di rumah pekerja bekerja di kedai bir yang membolehkan mereka minum bir dengan percuma.

Setelah mendesak pihak berkenaan untuk menerima teorinya, John snow berjaya menukarkan pam air di Broad Street lantas masalah ini berkurangan dan akhirnya hilang. Walaubagaimanapun, para saintis di sana beranggapan bahawa John Snow hanya bertuah kerana mereka beranggapan pada masa itu penyakit misteri itu sudah berada peringkat dimana ianya akan menurun lalu menghiraukan teori tersebut.

30 tahun kemudian, akibat menghiraukan teori John Snow London sekali lagi terpaksa menanggung malapetaka apabila satu lagi outbreak berlaku yang mengakibatkan lebih 10000 orang mati akibat penyakit tersebut. Pihak yang bertanggungjawab pada masa tersebut menasihati  penduduk pada masa tersebut supaya menanam bangkai haiwan sembelihan mereka daripada membiarkannya sahaja, namun usaha itu tidak memberi kesan. Akhirnya, mereka terpaksa menerima teori John Snow dan akur, dan masalah tersebut berjaya diatasi namun 10000 orang sudah terkorban.

100 tahun kemudian setelah pelbagai penyelidikan dijalankan para saintis berjaya mengenal pasti penyakit tersebut iaitu penyakit taun atau cholera. Punca kenapa bilangan pesakit di rumah pekerja kurang adalah kerana rata-rata daripada mereka minum bir bukannya air yang tercemar yang boleh membunuh bakteria.
Sekarang pan tersebut masih dipelihara sebagai peringatan terhadap jasa John Snow.

0 comments: