Blogger templates

Wednesday, December 4, 2013

Ambiklah Tahu : Jangan Terpedaya !!!! taktik mengaut keuntungan


Ambiklah Tahu : Jangan Terpedaya !!!! taktik mengaut keuntungan

Tidak dapat dinafikan rakyat Malaysia merupakan antara penduduk didunia yang paling prihatin dan suka menolong. Namun sikap suka sangat menolong orang yang dalam kesusahan ini kadang kala dipergunakan oleh sesetengah orang yang ingin mengaut keuntungan.


Awas!!! jangan berhenti jika nampak keluarga ini melambai-lambai meminta pertolongan, ini kerana lelaki didalam gambar tersebut mempunyai kecenderungan untuk melakukan kekerasan jika wang yang dimintanya tidak diberi atau banyak soalan yang diajukan kepadanya.

modus operandinya adalah dengan melambai-lambai meminta pertolongan, orang ramai yang prihatin selalu menjadi mangsa mereka. mengikut maklumat pasangan ini telah aktif selama berbulan lamanya di sekitar Lembah Klang dan Selangor.

Juga pernah dilihat Ara Damansara, Palm Sring, Bandar Utama, Mutiara Damansara, Sunway Damansara dan Citta Mall
Malah orang yang mengambil gambar ini turut dikejar lelaki tersebut dan cermin keretanya dipecahkan. Orang ramai diminta berhati-hati dan segera menghubungi pihak berkuasa jika melihat mereka.

Sumber: Facebook Malaysian Crime Awareness Campaign

0 comments: