Blogger templates

Sunday, July 28, 2013

PERMOHONAN KEMASUKAN KE MAKTAB TENTERA DIRAJA (MTD)

Permohonan Kemasukan Putera Baru Ke Maktab Tentera DiRaja (MTD) Tingkatan 4 2014 sudah dibuka kepada pelajar lelaki warganegara Malaysia yang akan menduduki peperiksaan PMR 2013.
Sejarah kecemerlangan seorang Putera MTD bermula sebaik sahaja mereka menjejakkan kaki di bumi MTD. Kehidupan yang dilalui oleh setiap putera dipenuhi dengan kitaran hidup yang berjadual dan displin yang mantap serta penuh dengan budaya hidup ala ketenteraan. Permohonan MTDYang junior diajar oleh senior cara menyesuaikan diri dengan kehidupan di MTD sambil dipantau oleh jurulatih-jurulatih dari berbagai kepakaran dalam perkhidmatan ATM.
Segala aktiviti yang dilakukan bersama untuk menerap nilai kerjasama dalam kumpulan dan semangat setia kawan bagi memastikan matlamat utama pernubuhan MTD tercapai iaitu melahirkan bakal-bakal pemimpin masa hadapan.

Syarat Am

  • Pelajar lelaki Tingkatan Tiga Tahun 2013.
  • Warganegara Malaysia.

Syarat Fizikal

  • Jantina – Lelaki.
  • Tinggi minimum – 152 sm.
  • Berat minimum – 40.5 kg.
  • Body Mass Index (BMI) – 18 sehingga 27.
  • Ukuran dada 74 sm (biasa) dan 79 sm (tarik nafas)
  • Penglihatan – Baik dan tidak rabun warna. Jika berkaca mata hendaklah tidak melebihi 6/12.
  • Sihat tubuh badan dan tidak mempunyai penyakit yang boleh memudaratkan diri jika melakukan aktiviti ketenteraan dan lasak.

Syarat Akademik

  • Berpotensi lulus cemerlang dalam peperiksaan PMR 2013 nanti.
  • Pelajar yang aktif dalam sukan, muzik, kelab, persatuan dan unit beruniform akan diberi keutamaan.
  • Perlu menduduki Temuduga MTD.

Temuduga MTD

  • Pemohon akan dimaklumkan oleh Sel Pemilihan MTD mengenai tarikh dan tempat Temuduga MTD dijalankan selepas tapisan permohonan dibuat.
  • Tapisan permohonan akan dibuat selepas keputusan peperiksaan PMR 2013 diperolehi.

Permohonan

  • Pemohon boleh memuat-turun borang permohonan kemasukan (BAT B 115 (Pin 3/03) atau mengambil sendiri dengan datang ke alamat di bawah.
  • Pemohon boleh juga memohon borang permohanan melalui pos dengan menyertakan sampul surat tebal berukuran 25 sm x 36 sm beralamat sendiri dan bersetem RM 1.00 kepada alamat seperti berikut:
    • Sel Pemilihan, Pusat Pengurusan Maklumat, Maktab Tentera Diraja, Kem Sungai Besi, 57000 Kuala Lumpur.
  • Borang permohanan BAT B 115 (Pin 3/03) yang telah diisi hendaklah dikembalikan ke alamat di atas.

Tarikh Tutup

  • Permohonan kemasukan ke MTD Tingkatan 4 2014 ditutup pada 30 September 2013.
  • Borang permohonan yang lewat diterima dari tarikh yang ditetapkan tidak akan dilayan.
  • Sekiranya tiada jawapan sehingga 31 Disember 2013, permohonan dianggap tidak berjaya.


Baca di: http://eputra.com/permohonan-kemasukan-mtd-2014/#ixzz2aOXUVON4
Under Creative Commons License: Attribution

0 comments: