Semakan keputusan permohonan e-rayuan kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Politeknik Premier bagi program pengajian lepasan SPM atau setaraf sesi akademik 2013/2014 telah boleh dibuat mulai hari ini.
Mereka yang ada membuat permohonan dan gagal mendapat tawaran semasa keputusan permohonan serta ada mengemukan rayuan bolehlah membuat semakan.
Semakan Keputusan e-Rayuan UPU
- Semakan keputusan rayuan ini boleh dibuat melalui laman web UPU di saluran berikut:
- Semakan boleh juga dibuat secara SMS iaitu dengan menaip UPU RESULT No.MyKad dan hantar kepada 15888.
- Semakan e-rayuan ini boleh juga dibuat terus di laman web IPTA atau Politeknik yang berkenaan seperti berikut;
- Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
- Universiti Teknologi Mara (UiTM)
- Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
- Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UteM)
- Universiti Sultan Zainal Abidin (UNiSZA)
- Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
- Universiti Malaysia Pahang (UMP)
- Universiti Malaya (UM)
- Universiti Putra Malaysia (UPM) atau UPM
- Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
- Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
- Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
- Universiti Pertahanan Negara Malaysia (UPNM)
- Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
- Universiti Teknologi Tun Hussein Onn (UTHM)
- Politeknik Premier
Surat Tawaran
- Mereka yang berjaya dalam rayuan boleh menyemak maklumat tawaran dan mencetak surat tawaran di laman web IPTA atau Politeknik berkaitan seperti di atas.
Dasar Pemilihan Rayuan
- Dasar pemilihan rayuan adalah untuk mengisi kekosongan tempat yang berlaku selepas pendaftaran pelajar baru di IPTA.
- Mereka yang telah mendaftar di Kolej Matrikulasi tidak dipertimbangkan dalam pemilihan rayuan ini.
Peringatan
- Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi (BPKP JPT), Kementerian Pengajian Tinggi atau UPU dan semua IPTA/Politeknik yang berkenaan tidak pernah melantik mana-mana ejen dalam pengurusan rayuan kemasukan ke IPTA.
- Semua pengurusan berpusat adalah melalui BPKP JPT dengan mengguna pakai dasar, kriteria pemilihan serta prosedur yang ditetapkan oleh Kementerian.
Maklumat
- Sebarang pertanyaan berkenaan keputusan e-rayuan ini sila hubungi pihak UPU di talian Hotline 03-88706767, Helpline 03-88706777, Talian Am 03-88706755/6766 atau e-mel : upu@mohe.gov.my
- Pertanyaan juga boleh dibuat terus ke IPTA/Politeknik yang berkenaan, sila rujuk Senarai IPTA Universiti Di Malaysia.
Baca di: http://eputra.com/keputusan-e-rayuan-ipta-politeknik-premier-program-pengajian-lepasan-spm-sesi-2013/#ixzz2WLCIRZ5I
Under Creative Commons License: Attribution
0 comments:
Post a Comment