Blogger templates

Sunday, March 10, 2013

SPM KEKAL 10 MATA PELAJARAN



Semenjak dari tahun 2010 calon-calon bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dihadkan mengambil 10 mata pelajaran sahaja. Setakat ini kerajaan tidak bercadang untuk membenarkan calon SPM mengambil lebih daripada 10 mata pelajaran kerana ia tidak menepati matlamat sebenar Kementerian Pelajaran. Matlamat sebenar adalah supaya pelajar lebih fokus pada mata pelajaran utama dan ia juga akan memudahkan guru membimbing mereka.
Menurut Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, sebelum ini memang ada pelajar yang ambil sehingga 15 dan 20 mata pelajaran tetapi sejak dua tahun lepas Kementerian Pelajaran tidak benarkan lagi kerana mahu pelajar lebih fokus pada mata pelajaran utama.
Baru-baru ini seorang guru mencadangkan kerajaan membenarkan calon SPM terutama dalam bidang Agama Islam mengambil lebih daripada 10 mata pelajaran supaya mereka boleh mengambil mata pelajaran dalam bidang Sains agar dapat membuat lebih pilihan untuk melanjutkan pelajaran.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, perkara ini perlu dikaji secara terperinci kerana bimbang ia akan membebankan pelajar terutama untuk mendapatkan pendidikan bagi mata pelajaran tambahan.
Menurut beliau kalau 10 mata pelajaran, mudah untuk guru membimbing dan pelajar juga tidak perlu belajar di luar untuk mendapatkan pendidikan tambahan bagi mata pelajaran lain. Mungkin pelajar dalam bidang Agama Islam lebih terbatas kerana tidak boleh ambil subjek lain, ini akan diteliti secara mendalam oleh pihak Kementerian Pelajaran.


Baca di: http://eputra.com/spm-kekal-10-mata-pelajaran/#ixzz2NC1CljSY
Under Creative Commons License: Attribution

0 comments: