Majlis Amanah Rakyat (MARA) menawarkan pinjaman pelajaran boleh ubah kepada pelajar cemerlang Bumiputera lepasan SPM 2012 di bawah Program Ijazah Luar & Program Ijazah Dalam Negara dan Program Diploma Cemerlang IPMa 2013
Mereka yang terpilih akan mengikuti pengajian peringkat persediaan atau diploma terlebih dahulu di pelbagai institusi dan bidang yang ditetapkan MARA.

Syarat Asas
- Pemohon berketurunan Melayu / Bumiputera
- Warganegara Malaysia
- Salah seorang ibu atau bapa pemohon berketurunan Melayu / Bumiputera dan warganegara Malaysia
- Menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2012 bagi kali pertama
- Pemohon tidak menerima bantuan kewangan / tajaan dari mana-mana agensi untuk pengajian atau peringkat yang sama
- Mempunyai kesihatan yang baik dan tidak mengidap penyakit-penyakit kritikal seperti Hepatitis, Aids, HIV dan sebagainya
Syarat Kelayakan Akademik
Syarat kelayakan akademik minimum untuk mengikuti pengajian yang ditawarkan dinyatakan secara khusus di setiap program yang ditawarkan;
- Syarat Program Pengajian Ijazah Luar & Dalam Negara Dan Cemerlang IPMAs MARA
- Syarat Program Khas Lepasan SPM 2012 Kerjasama MARA-JPA
Calon yang tidak memenuhi syarat kelayakan minimum program tidak akan dipertimbangkan.
Bidang Pengajian
Sila rujuk Senarai Kursus Program Pengajian Ijazah Luar & Dalam Negara Dan Cemerlang IPMAs untuk melihat senarai penuh kursus-kursus yang ditawarkan oleh MARA.
MARA juga menjalinkan kerjasama dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dimana terdapat kursus-kursus yang ditawarkan melalui MARA adalah di bawah penajaan JPA. Sila rujuk Senarai Program dan Syarat Program Khas Lepasan SPM 2012 Kerjasama MARA-JPA untuk tujuan rujukan, pemilihan program dan permohonan.
Permohonan
Permohonan perlu dibuat secara atas talian (online) di Portal ePermohonan MARA.
Sila rujuk Panduan Memohon untuk mendapatkan langkah-langkah yang perlu diikuti.
Tarikh Tutup
Borang permohonan yang telah dilengkapkan perlu diterima MARA sebelum atau pada 28 Mac 2013.
Temuduga
Semakan keputusan berjaya panggilan temuduga bagi pemohon yang memilih Program Ijazah Luar Negara boleh disemak mulai 11 April 2013 di laman web MARA.
Keputusan Permohonan
Semakan keputusan pemohon berjaya bagi Program Ijazah Luar Negara, Program Ijazah Dalam Negara dan Program Cemerlang IPMa boleh disemak mulai 10 Mei 2013.
Semua semakan boleh dibuat di laman web MARA.
Permohonan yang tidak mendapat maklumbalas daripada pihak MARA selepas 28 Jun 2013 adalah dianggap tidak berjaya.
Pertanyaan
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut berkenaan Program Khas MARA 2013 ini boleh menghubungi:
- Pengarah
Bahagian Penganjuran Pelajaran
Tingkat 3, Ibu Pejabat MARA
21 Jalan Raja Laut
50609 Kuala Lumpur
(u.p: Cawangan Penajaan – Unit Program Khas)
Telefon : 03-2613 2044/ 2060/ 2120/ 2063/ 4372/ 2085/ 2110/ 2014/ 2075/ 2061
(9.00 pagi hingga 4.30 petang)
Email : infobpp@mara.gov.my
Baca di: http://eputra.com/permohonan-program-khas-mara-2013-lepasan-spm-2012/#ixzz2OdIaa6ve
Under Creative Commons License: Attribution
0 comments:
Post a Comment