Kementerian Belia dan Sukan mempelawa mereka yang berminat dan layak untuk memohon belajar di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) dan Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) di seluruh negara bagi pengambilan Sesi Julai 2013. Ini bagi mengikuti Latihan Kemahiran peringkat Sijil, Sijil Lanjutan, Diploma dan Diploma Lanjutan.
Konsep Latihan
Konsep latihan di IKBN adalah berbentuk latihan bersepadu dengan pelaksanaan pendekatannya merangkumi latihan kemahiran (teori dan praktikal), keusahawanan, ketatanegaraan, kepimpinan, keagamaan / moral, sukan/rekreasi dan khidmat masyarakat.
Bidang Pengajian

- Teknologi Mekanikal
- Teknologi Automotif
- Teknologi Awam
- Teknologi Elektrik
- Teknologi Elektronik
- Teknologi Tekstil
- Teknologi Marin
- Teknologi Makanan
- Teknologi Fotografi
- Teknologi Maklumat
- Teknologi Personal
- Teknologi Sukan
Lokasi IKBN
- IKTBN Sepang, Selangor
- IKBN Dusun Tua, Selangor
- IKBN Pertak, Selangor
- IKBN Wakaf Tapai, Terengganu
- IKBN Jitra, Kedah
- IKBN Pagoh, Johor
- IKBN Chembong, Negeri Sembilan
- IKBN Seri Iskandar, Perak
- IKBN Temerloh, Pahang
- IKBN Bachok, Kelantan
- IKBN Alor Gajah, Melaka
- IKBN Miri, Sarawak
- IKBN Bukit Mentajam, Pulau Pinang
- IKBN Kinarut, Sabah
- IKBN Kuala Perlis, Perlis
Senarai Program & Syarat Permohonan
Senarai program yang boleh dipohon dan syarat kemasukan yang diteteapkan adalah berdasarkan kelulusan pemohon.
Senarai program pengajian terutamanya syarat khas kelayakan memohon bagi setiap kursus atau program pengajian boleh disemak di e-Panduan Permohonan Kemasukan ke TEVT & ILKA.
Cara Memohon
Permohonan untuk masuk ke Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) dan Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) bagi pengambilan sesi Julai 2012 perlu dibuat secara online melalui UPU di Permohonan Kemasukan Ke Politeknik / ILKA Lepasan SPM & SKM Sesi Akademik 2013 / 2014
Tarikh Tutup
Permohonan kemasukan ke IKBN / IKTBN sesi Julai 2013 akan ditutup pada 15 April 2013.
Maklumat
- Maklumat di atas cuma panduan ringkas sahaja.
- Pemohon dipelawa mengunjungi mana-mana IKBN atau IKTBN sebelum tarikh tutup permohonan bagi mendapat pendedahan awal tentang program kemahiran yang dilaksanakan di setiap IKBN.
- Sila rujuk laman web Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan laman web setiap IKBN/IKTBN seperti tersenarai di atas untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci.
- Sila rujuk juga komen-komen di Permohonan Kemasukan Ke IKBN Sesi Julai 2010, Januari 2011, Januari 2012 dan Julai 2012 sebagai panduan.
Pertanyaan
- Di samping itu sebarang pertanyaan boleh menghubungi KBS melalui talian berikut 03-8871 3682/ 3513/ 3680/ 3685/ 3651.
- Sebarang pertanyaan berkenaan permohonan melalui UPU boleh menghubungi UPU melalui Talian Hotline 03 8870 6767 atau Talian Am 03 8870 6755/ 6766 atau e-mel : upu@mohe.gov.my atau layari laman web UPU.
Baca di: http://eputra.com/permohonan-kemasukan-ke-ikbn-sesi-julai-2013/#ixzz2OWn97l9U
Under Creative Commons License: Attribution
0 comments:
Post a Comment