Blogger templates

Monday, January 7, 2013

permohonan kemasukan ke politeknik dan ILKA lepasan spm dan skm sesi akademik 2013/2014


Permohonan Melalui UPU Ke Politeknik dan ILKA Lepasan SPM/Setaraf dan SKM

Permohonan kemasukan ke Politeknik dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) sesi akademik 2013/2014 atau ambilan 2013 bagi program pengajian lepasan SPM dan setaraf serta lepasan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) telah dibuka mulai 7 Januari 2013.

POLITEKNIK dan ILKA

Permohonan kemasukan ke Politeknik melibatkan semua Politeknik kecuali Politeknik Premier.
Permohonan kemasukan ke Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) melibatkan agensi-agensi berikut:
Permohonan Melalui UPU
  • KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN (KBS)
    - Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN)
    - Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN)
  • INSTITUSI LATIHAN JABATAN TENAGA MANUSIA (ILJTM)
    - Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC)
    - Institut Teknikal Jepun – Malaysia (JMTI)
    - Institut Latihan Perindustrian (ILP)
  • KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA
    - Jabatan Pertauliahan Dan Kemahiran Lanjutan (CIAST)
  • KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI
    - Polikteknik
    - Kolej Komuniti
  • MAJLIS AMANAH RAKYAT (MARA)
    - Institut Kemahiran MARA (IKM)
    - Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM)
  • KEMENTERIAN PERTANIAN & INDUSTRI ASAS TANI
    - Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan (NATC)
Bagi permohonan ke IPTA dan Politeknik Premier sila rujuk Permohonan Kemasukan ke IPTA & Politeknik Premier Lepasan SPM/setaraf.

KATEGORI PERMOHONAN

Bagi lepasan SPM terbahagi kepada 5 kategori iaitu;
  • Kategori A

    Pemohon yang menggunakan kelayakan SPM tahun 2012 sahaja.
  • Kategori B

    Pemohon yang menggunakan keputusan SPM tahun 2011 atau 2010.
  • Kategori C

    Pemohon yang menggunakan keputusan SPM tahun 2009 atau sebelumnya atau sijil yang setaraf dan diiktiraf oleh IPTA.
  • Kategori D

    Pemohon menggunakan keputusan SPM 2010 dengan sijil ulangan SPM 2011 atau sijil ulangan SPM 2012 atau, SPM 2011 dengan sijil ulangan SPM 2012.
Bagi lepasan SKM terbahagi kepada 3 kategori iaitu;
  • Kategori 1

    Pemohon mempunyai Sijil SKM Tahap 1.
  • Kategori 2

    Pemohon mempunyai Sijil SKM Tahap 2.
  • Kategori 3

    Pemohon mempunyai Sijil SKM Tahap 3.

PROGRAM PENGAJIAN

Program pengajian yang boleh dipohon adalah
  • Lepasan SPM

    • Sijil & Sijil Lanjutan
    • Diploma
  • Lepasan SKM

    • Sijil & Sijil Lanjutan
    • Diploma & Diploma Lanjutan
Senarai program pengajian terutamanya syarat khas kelayakan memohon bagi setiap kursus atau program pengajian. boleh disemak di e-Panduan Permohonan Kemasukan ke Politeknik & ILKA.

PERMOHONAN

NOMBOR UNIK ID

  • Nombor unik ID BSN diperlukan semasa membuat permohonan. Nombor unik ID ini boleh dibeli di mana-mana kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai sekarang sehingga 15 April 2013.
  • Nombor ini boleh juga dibeli melalui Perkhidmatan Perbankan Pesanan Ringkas BSN (SMS Banking) atau mesin ATM bagi mereka yang memiliki akaun GIRO BSN.
  • Nombor Unik ID boleh dibeli secara pukal oleh guru atau kaunselor sekolah secara pukal dari 7 hingga 30 November 2012 lalu.
  • Bayaran untuk nombor unik ID ini adalah RM10.60.
  • Satu nombor unik ID yang sama boleh digunakan untuk 3 jenis permohonan iaitu ke IPTA, Politeknik dan ILKA.
  • Contoh Slip BSN.

DASAR dan KRITERIA PEMILIHAN

  • Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT) dan agensi-agensi yang berkenaan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Bersama mengguna pakai dasar pengambilan pelajar ke Politeknik dan ILKA berasaskan prinsip meritokrasi dengan mengguna pakai 75% markah akademik 10% markah kokurikulum dan 15% pendapatan, tempat tinggal, dan tanggungan (SES).
  • Kriteria pemilihan adalah berasaskan;
    1. Pencapaian akademik dalam Peperiksaan SPM/Setaraf; atau Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)
    2. Pencapaian dalam aktiviti kokurikulum;
    3. Tanggungan, pendapatan dan tempat tinggal (SES)
    4. Memenuhi syarat khas program pengajian/kursus seperti yang ditetapkan oleh institusi/agensi;
    5. Kombinasi mata pelajaran yang dimiliki bersesuaian dengan program pengajian/kursus dipohon;
    6. Gred mata pelajaran untuk tujuan pengkhususan;
    7. Lulus temu duga / ujian kelayakan yang ditetapkan oleh institusi/agensi bagi program pengajian/kursus yang memerlukan;
    8. Program pengajian/kursus pilihan pemohon mengikut keutamaan;
    9. Bilangan tempat yang disediakan di institusi/agensi
  • Maklumat lebih terperinci boleh didapati di surat makluman yang diberi oleh Jabatan Pengajian Tinggi kepada sekolah-sekolah.

PROSEDUR PENGURUSAN PERMOHONAN

Sila rujuk Prosedur Pengurusan Permohonan untuk mendapatkan maklumat tentang;
  1. Syarat Permohonan
  2. Program Pengajian Untuk Bumiputra dan Bukan Bumiputra
  3. Takrif Bumiputra
  4. Syarat Pemilihan Program
  5. Program VTO
  6. Dasar Markah Kokurikulum
  7. Penyediaan dan Pengiraan Merit
  8. Penajaan
  9. Dasar Pertukaran Program Pengajian/Kursus
  10. Dasar Pertukaran Politeknik/ILKA
  11. Dasar Rayuan

TARIKH TUTUP

  • Permohonan kemasukan ke Politeknik dan ILKA melalui UPU bagi lepasan SPM dan SKM ini akan ditutup pada 15 April 2013.

MAKLUMAT & PERTANYAAN

  • Sila rujuk Laman Web Rasmi Kemasukan ke IPTA – UPU untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci.
  • Sila rujuk kategori Kementerian Pengajian Tinggi di ePutra untuk membaca komen-komen yang berkaitan untuk situasi yang sama pada tahun-tahun lepas.
  • Sebarang pertanyaan mengenai permohonan ke Program Pengajian Lepasan SPM/setaraf dan SKM Sesi Akademik 2013/2014 sila hubungi:

    Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar,
    Aras 4, No.2 Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5,
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan.
    62200 WP Putrajaya.
    Hotline UPU: 03 8870 6767
    Helpline UPU: 03 8870 6777
    Talian Am: 03 8870 6755/6766
    Kaunter: 03 8870 6778
    Faks: 03-8870 6864
    E-mel: upu@mohe.gov.my
  • Pemohon juga boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai program pengajian dengan menghubungi Politeknik dan ILKA yang berkenaan.


Baca di: http://eputra.com/permohonan-kemasukan-ke-politeknik-ilka-lepasan-spm-skm-sesi-akademik-2013-2014/#ixzz2HL2zhUUf
Under Creative Commons License: Attribution

0 comments: