Blogger templates

Tuesday, January 8, 2013

keputusan permohonan mrsm ulul albab dan IGCSE 2013


Para pelajar yang telah menduduki UPSR 2012 dan ada memohon memasuki Tingkatan 1 2013 di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) program Ulul Albab danCambridge International General Certificate of Secondary Education (IGCSE) akan mula dihubungi jika berjaya.
Maktab Rendah Sains MARA

Keputusan Permohonan Ulul Albab / IGCSE

  • Keputusan permohonan ke Tingkatan 1 MRSM Ulul Albab / IGCSE akan dimaklumkan secara SMS.
  • Hanya mereka yang berjaya akan mendapat keputusan melalui mySMS Dapat 15888.

Keputusan Permohonan MRSM Biasa

Keputusan permohonan kemasukan 2013 ke Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 MRSM yang lain dijangka akan diumumkan pada minggu ketiga atau keempat bulan Januari 2013.
ePutra akan memaklumkan kepada semua pembaca apabila mendapat maklumat terkini.

Maklumat

Sebarang pertanyaan dan maklumat tambahan mengenai keputusan permohonan program Ulul Albab dan IGCSE ini boleh diperolehi dengan menghubungi MRSM yang ditawarkan atau Bahagian Pendidikan dan Latihan (Pendidikan Menengah) MARA di talian 03-2690 3765 / 03-2613 4509 / 03-2613 4513.

0 comments: