Blogger templates

Wednesday, January 16, 2013

keputusan permohonan kemasukan & rayuan ke sekolah berasrama penuh tingkatan 4 2013


Keputusan Permohonan Kemasukan & Rayuan ke Sekolah Berasrama Penuh Tingkatan 4 2013

Mereka yang ada memohon memasuki Tingkatan 4 2013 di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Kementerian Pelajaran Malaysia sudah boleh menyemak keputusan permohonan mereka secara online mulai 16 Januari 2013. Terima kasih kepada Nor Akmar yang berkongsi maklumat ini di Facebook ePutra.

Semakan Permohonan SBP Tingkatan 4

Keputusan Permohonan SBP

Surat Tawaran

  • Surat tawaran dan lampiran yang disediakan mestilah dicetak dari laman web di atas.
  • Surat tawaran dan lampiran ini perlu dibawa semasa datang mendaftar nanti.

e-Rayuan

  • Pemohon yang tidak berjaya mendapat tawaran, boleh membuat rayuan secara online.
  • Laman web untuk membuat rayuan kemasukan ke Tingkatan 4 SBP 2013 adalah di Sistem e-Rayuan Ke SBP Tingkatan 4 Sesi 2013.
  • Keputusan rayuan tertakluk kepada kekosongan tempat yang ada setelah proses pendaftaran murid yang menerima tawaran.

Pertanyaan

  • Jika terdapat sebarang pertanyaan berkaitan keputusan dan rayuan ke SBP ini sila hubungi Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan, Kementerian Pelajaran Malaysia di talian 03 8321 7400.


Baca di: http://eputra.com/keputusan-permohonan-kemasukan-ke-sbp-tingkatan-4-2013/#ixzz2I9voS4fc
Under Creative Commons License: Attribution

0 comments: