Blogger templates

Wednesday, January 23, 2013

Karnival Pendidikan Tinggi Negara 2013 'jom masuk u'


Karnival Pengajian Tinggi Negara adalah program tahunan Kementerian Pengajian Tinggi dengan tagline “JOM MASUK U”.
Karnival Pengajian Tinggi Negara – Jom Masuk U ini disasarkan menjadi Pusat Sehenti mendapatkan maklumat mengenai peluang pendidikan tinggi, akreditasi dan pembiayaan. Mereka yang mendapat manfaat adalah lepasan SPM dan setaraf serta STPM dan setaraf di peringkat pengajian program Asasi, Diploma, Ijazah Pertama termasuk Sijil dan Diploma Kemahiran Malaysia.
Ini akan memudahkan mereka membuat permohonan melalui UPU dan pemilihan program pengajian yang tepat untuk kemasukan ke IPTAPoliteknik, TEVT dan ILKA bagi sesi akademik 2013/2014.

Aktiviti Karnival Jom Masuk U 2013

Di antara aktiviti dalam Karnival Pengajian Tinggi Negara – Jom Masuk U ini adalah
  1. Pameran Pendidikan 1Dream 2U
  2. Seminar Peluang Pengajian Tinggi Negara 1Dream 2U bersama pemimpin masyarakat,Karnival Pengajian Tinggi Negara
  3. Cabutan Bertuah Jom Masuk U
  4. Cabutan Perdana Jom Masuk U
  5. Kuiz Jom Masuk U
  6. Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling
  7. Semakan syarat khas kelayakan program
  8. Permohonan Aplikasi Dalam Talian
  9. Pendaftaran Sahabat UPU
  10. Info Hut
  11. Taklimat kenali IPTA / Politeknik / ILKA
  12. Pertandingan Foto Maya dan Teka Silang Kata
  13. Liputan radio secara langsung.

Pameran Pendidikan

Pameran pendidikan adalah aktiviti utama Karnival Pengajian Tinggi Negara – Jom Masuk U.
Di antara organisasi yang menyertai pameran ini adalah
  1. 20 IPTA
  2. 100 IPTS terpilih
  3. Bahagian dan Agensi di Kementerian Pengajian Tinggi – Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Politeknik, Jabatan Pengajian Kolej Komuniti, Sektor Pengurusan IPS, Bahagian Biasiswa, Bahagian Sukan, Unit Komunikasi Korporat, Perbadanan Tabung Pendidikan Negara (PTPTN) dan Malaysian Qualification Agency MQA).
  4. Bahagian dan Agensi di Kementerian Pelajaran Malaysia – Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, Bahagian Matrikulasi, Bahagian Pendidikan Guru, Majlis Guru Bimbingan dan Kaunseling Negeri.
  5. Yayasan Negeri
  6. Agensi pembiayaan pendidikan
  7. Lain-lain agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang terlibat dengan pendidikan tinggi juga turut serta. Di antaranya Jabatan Tenaga Manusia, Kementerian Belia dan Sukan – IKBN, Kementerian Sumber Manusia – JTM, Bahagian Pembangunan Kemahiran, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani – NATC, Jabatan Pembangunan Kemahiran – KSM, Jabatan Pertauliahan dan Kemahiran Lanjutan – CIAST, Jabatan Perkhidmatan Awam, Kementerian Kesihatan, Unit Pusat Institusi MARA dan Majlis Amanah Rakyat.
Pameran Jom Masuk U ini akan memberi peluang pengunjung mengemukakan pertanyaan kepada wakil universiti dan kolej bagi memastikan masing-masing membuat pilihan tepat program pengajian yang bakal diikuti.
Para pelajar digalakkan untuk membawa keputusan peperiksaan yang terkini untuk mendapatkan nasihat pemilihan program pengajian. Pemohon juga patut mendapatkan maklumat lanjut mengenai pilihan program pengajian yang dibuat untuk mengetahui peluang mendapat tawaran.

Lokasi Karnival Pengajian Tinggi Negara Jom Masuk U 2013

Karvinal Jom Masuk U 2013 akan berlangsung seperti berikut;
TarikhLokasi
  
26 – 27 JanuariPadang Varsiti, Universiti Malaya, Kuala Lumpur
2 – 3 FebruariOne Borneo Hypermall, Kota Kinabalu, Sabah
16 – 17 FebruariStadium Darul Aman, Alor Setar, Kedah
23 – 24 FebruariMITC, Melaka
2 – 3 MacKompleks Dewan Undangan Negeri, Kuching, Sarawak
9 – 10 MacSunway Hotel, Seberang Jaya, Pulau Pinang
16 – 17 MacSultan Ahmad Shah International Convention Centre, Kuantan, Pahang
22 – 23 MacStadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri, Gong Badak Kuala Terengganu, Terengganu
30 – 31 MacStadium Sultan Muhammed Ke-IV Kota Bharu, Kelantan
6 – 7 AprilDewan Jubli Perak, Kuala Kangsar, Perak
13 – 14 AprilPERSADA Johor, Johor Bahru, Johor
Tarikh dan lokasi di atas adalah tertakluk kepada pindaan. Masuk adalah percuma. Secara amnya karnival ini bermula daripada pukul 9.00 pagi sehingga 6.00 petang.

Maklumat

Bagi mendapatkan maklumat lanjut berkenaan Karnival Pengajian Tinggi Negara – JOM MASUK U 2013 ini sila hubungi;
Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar,
Jabatan Pengajian Tinggi Malaysia,
Aras 4, No.2 Menara 2,
Jalan P5/6, Presint 5,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62200 Putrajaya.
Talian Am 03-8870 6755/ 03-8870 6766
Helpline UPU 03-8870 6777
Hot Line UPU 03-8870 6767
Kaunter KPT UPU 03-8870 6778
Faks 03-8870 6864


Baca di: http://eputra.com/karnival-pengajian-tinggi-negara-jom-masuk-u-2013/#ixzz2IrIix7QP
Under Creative Commons License: Attribution

0 comments: