Blogger templates

Saturday, January 12, 2013

bahaya kanta lekap


ramai antara kita pada zaman sekarang menyukai memakai kanta lekap. ada antara kita memakainya disebabkan masalah perlihatan, namun ada juga yang memakainya hanya sekadar untuk fashion. Tetapi ramai diantara kota yang tidak tahu akan bahayanya.

Bahaya kanta lekap

LAMBAKAN kanta lekap murah di pasaran mahupun dalam talian (online) nyata membuatkan mereka yang ‘gila’ fesyen berpusu-pusu memilikinya tanpa menyedari kesan sampingan yang amat berbahaya terhadap mata mereka.
Trend memakai kanta lekap berwarna sebenarnya sudah lama menular dalam kalangan remaja terutamanya mereka yang masih bersekolah memandangkan harga yang ditawarkan amat rendah sekitar RM20 hingga RM30 sepasang.
Jadi, sebahagian daripada pengguna sanggup mengambil risiko asalkan mata mereka tampak cantik yang kononnya mengikut peredaran fesyen terkini dengan alasan mahu meningkatkan keyakinan diri ketika berhadapan masyarakat.
Kamu harus tahu bahawa kanta lekap sebenarnya berfungsi bagi menggantikan cermin mata untuk memperbaiki kecacatan refraksi pada mata, di samping menjadi pelindung bagi beberapa jenis penyakit kornea.
Memang tidak dapat dinafikan, kanta lekap berperanan besar sebagai alternatif membantu si pemakai menghadapi gangguan penglihatan, namun risikonya yang berbahaya perlu kamu tanggung sekiranya cara penggunaannya tidak dipatuhi.
Sekiranya masih ada yang memilih untuk menggunakan kanta lekap, sila pastikan tiada perkataan ‘malas’ dalam kamus hidup kamu kerana kamu perlu disiplinkan diri agar aspek kebersihan mata, tangan dan udara di sekeliling kamu benar-benar terjaga.
Berikut, .com kongsikan sedikit maklumat tentang kanta lekap sebagai pendedahan untuk mengelakkan sebarang komplikasi lebih buruk berlaku, selain menjadi bimbingan kepada mereka yang masih memilih untuk menggunakan kanta lekap.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Kesihatan/20130112/kn_01/Bahaya-kanta-lekap#ixzz2Hljbkg9b
© Utusan Melayu (M) Bhd 




Bahaya guna contact lens murah dan berwarna-kesan
bahaya contact lens murah bahaya guna contact lens murah
keghairahan untuk memiliki sepasang mata yang cantik ala-ala orang barat yang mempunyai pelbagai warna anak mata membuat si pemakai contact lens (kanta lekap) terpedaya dengan harga murah yang ditawarkan dalam pasaran
Perkara ini sebenarnya mendatangkan impikasi yang negatif kerana kanta lekap yang murah nilainya pasti seiring dengan kualiti yang boleh mendatangkan kesan buruk kepada si pemakai
Hal ini terjadi kepada seorang pelajar dan beliau berkongsi pengalaman tentang kesan dan bahaya penggunaan kanta lekap yang murah
Seorang pelajar kolej bengkak mata dan kabur pandangan kesan menggunakan kanta lekap murah yang mahu digayakan sempena Aidilfitri. Malah, mangsa, Nabila Rosli, 18, terpaksa mengeluarkan belanja besar untuk mendapat rawatan dan pakar mata yang ditemuinya mengesahkan, penggunaan kanta lekap tidak berkualiti menjadi punca dia mengalami masalah mata yang teruk
“Saya bersama tiga lagi rakan membeli kanta lekap itu di Seremban pada harga kurang RM25 sepasang beberapa hari sebelum raya.Warna kanta lekap itu amat cantik dan sangat murah. Apabila dipakai, anak mata saya kelihatan berwarna kelabu
“Pada mulanya saya pakai kanta lekap itu seperti biasa tetapi selepas bangun pagi pada Jumaat lalu, pandangan saya kabur dan mata terasa amat sakit,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam
Nabilah berkata, dia tidak menyangka perkara itu akan terjadi kepadanya kerana dia sering memakai kanta lekap yang mahal selain menjaga kebersihan yang disarankan
“Mata bengkak teruk serta berair dan pakar mata turut mengesahkan ini disebabkan kanta lekap murah,” katanya yang hanya duduk di rumah pada Aidilfitri lalu kerana pandangan terlalu kabur
Bapa mangsa, Rosli Palil, 45, berkata, beliau terpaksa berbelanja kira-kira RM500 untuk rawatan mata anak sulungnya itu dan hanya pada Sabtu lalu, penglihatan anaknya mula pulih sedikit demi sedikit
“Dua hari dia seperti orang buta. Persoalannya adakah kanta lekap itu diluluskan Kementerian Kesihatan. Bagaimana ia boleh dijual berleluasa,” katanya
Sementara itu, Ketua Pusat Mata dan Lasik Pusat Perubatan Prince Court, Prof Dr Muhaya Mohamad, berkata individu memakai kanta lekap perlu menjaga kebersihan kanta lekap dengan rapi dan teliti
“Kebersihan adalah aspek paling penting dalam pemakaian kanta lekap kerana mata sangat sensitif dengan kekotoran yang boleh menyebabkan jangkitan kuman yang serius
“Saya nasihatkan pengguna jangan cepat terpengaruh dengan harga murah kerana kebersihan dan kualiti kanta lekap berkenaan tidak terjamin,” katanya

0 comments: