Blogger templates

Thursday, December 27, 2012

PERMOHONAN KEMASUKAN PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA SEMESTER II SESI 2012/ 2013


PERMOHONAN KEMASUKAN PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA 
SEMESTER II SESI 2012/ 2013

Pejabat Pengurusan Akademik
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)

PROSEDUR PERMOHONAN APLIKASI ATAS TALIAN
1) Sila baca prosedur permohonan dengan teliti untuk memudahkan proses permohonan kemasukan secara aplikasi atas talian. Permohonan aplikasi atas talian dibuka pada 22 Disember 2012 sehingga 31 Disember 2012.
2) Calon dikehendaki memasukkan wang proses sebanyak RM 10.00 ke dalam akaun Bank Muamalat bernombor (01070000002719) atas nama 'Universiti Tun Hussein Onn Malaysia'. Permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dicetak dan dihantar beserta salinan sijil-sijil yang telah DISAHKAN bersama-sama salinan resit pembayaran sebagai bukti pengesahan pembayaran wang proses. Salinan resit pembayaran melalui mesin pembayaran tunai (Cash Deposit Machine) tidak diterima.

  • Cetakan Borang Permohonan;
  • Salinan Kad Pengenalan / Mykad Calon;
  • Salinan Sijil Kelahiran Calon;
  • Salinan SPM atau Setaraf;
  • Salinan keputusan MUET;
  • Salinan Diploma;
  • Salinan Transkrip Penuh Akademik / Salinan Slip Keputusan Peperiksaan setiap semester;
  • Surat Tajaan dan surat pelepasan daripada majikan (bagi calon yang sedang bekerja)
  • 3) Tarikh AKHIR penerimaan dokumen adalah pada 6 Januari 2013.
    4) Borang permohonan yang tidak lengkap/diterima selepas tarikh tutup tidak akan dilayan.

    5) Sebarang pertanyaan sila hubungi :
    Dekan
    Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional
    Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
    86400 Parit Raja Batu Pahat
    Johor

    No. Telefon : 07-4564030/ 4113/ 4115/ 07-4537696
    No. Faks : 07-4536585

    http://e2.uthm.edu.my/ppa/mohonmasuk/index.php

    0 comments: