Blogger templates

Wednesday, December 26, 2012

laporan banjir


KUALA TERENGGANU 26 Dis. - Bilangan mangsa banjir yang terpaksa dipindahkan hampir mencecah 10,000 orang daripada 2,452 keluarga sehingga tengah hari ini ekoran keadaan cuaca yang masih tidak menentu.
Jurucakap Bilik Gerakan Banjir negeri memberitahu, mereka ditempatkan di 121 pusat pemindahan di seluruh negeri yang melibatkan premis sekolah, surau, masjid, balai raya dan dewan sivik.
Bagi kemudahan orang ramai berurusan dan mendapat maklumat lanjut mengenai perkembangan terkini berkaitan banjir, Bilik Gerakan menyenarai talian berikut:
*Bilik Gerakan Bencana Negeri: 09-6316021
*Bilik Gerakan Jabatan Kebajikan Masyarakat: 09-6274251
*Bilik Gerakan JKR: 09-6274277
*Stesen Metreologi Lapangan Terbang Sultan Mahmud: 09-6664743
*Bilik Gerakan JPS: 09-6224172
*Pusat kawalan Kontinjen IPK Kuala terengganu: 09-6354743
*Bilik Gerakan Bomba dan Penyelamat: 09-6234444
*Batalion 18 RAMD: 09-6664233 ext 206
*Bilik Gerakan JPAM: 09-6668246 / 09-6666492
*Bilik Gerakan JPJ: 09-6222023
*Bilik Operasi TNB (Tasik Kenyir): 09-6811924
- UTUSAN


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20121226/dn_29/Mangsa-banjir-di-Terengganu-mencecah-10000#ixzz2G9VtHFfq
© Utusan Melayu (M) Bhd 




KOTA BHARU 26 Dis. - Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan di seluruh Kelantan hari ini meningkat biarpun cuaca pada hari ini dan semalam agak baik.
Sehingga pukul 1 petang ini, seramai 4,062 orang telah dipindahkan ke 35 buah pusat pemindahan berbanding hanya 3,059 semalam.
Sementara itu, lapan batang jalan di lima buah daerah di negeri ini ditutup kepada semua kenderaan. Jalan-jalan yang terlibat ialah:
* Km 11, Jalan Pasir Mas-Pohon Tanjung-Rantau Panjang berhampiran Kampung Siram
* Jalan Machang - Pengkalan Meleret-Wakaf Bata berhampiran Padang Klupang, Machang.
* Km 3 Jalan Pangkalan Rakit, Pasir Mas
* Km 7.4, Jalan Rantau Panjang - Panglima Bayu, Kampung Kajang, Pasir Mas
* Km 8, Jalan Kg. Pepuyu, Kampung Kajang, Tanah Merah.
* Km 6, Jalan Tanah Merah-Kusial-Kg. Ipoh, Kampung. Chekok, Tanah Merah
* Km 8, Jalan Cabang 4 - Kampung Jambu - Meranti, Kampung Ana, Tumpat.
* Km 3, Jalan Pohon Tanjung - Pasir Pekan, Kampung Pasir Pekan Hilir, Tumpat. - UTUSAN


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20121226/dn_31/Mangsa-banjir-Kelantan-seramai-4062-orang#ixzz2G9W2IL8x
© Utusan Melayu (M) Bhd 

0 comments: