Blogger templates

Sunday, December 16, 2012

KEPUTUSAN PERMOHONAN KEMASUKAN KE SBP TINGKATAN 1 2013

Posted: 16 Dec 2012 09:48 AM PST

Keputusan Permohonan Kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh Tingkatan 1 2013

Para pelajar UPSR 2012 yang ada memohon memasuki Tingkatan 1 2013 di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Kementerian Pelajaran Malaysia sudah boleh menyemak keputusan permohonan mereka secara online. Terima kasih kepada saudara Siti Hajar yang berkongsi maklumat ini di Facebook ePutra.

Semakan Permohonan SBP Tingkatan 1

Keputusan Permohonan SBP

Surat Tawaran

  • Pelajar yang berjaya dan bersetuju dengan tawaran kemasukan ke SBP, perlu mencetak surat dan lampiran tawaran.
  • Surat Tawaran dan lampiran tersebut mesti dibawa semasa hari pendaftaran.

e-Rayuan

  • Manakala bagi pelajar yang tidak berjaya mendapat tempat, boleh membuat rayuan secara online.
  • Laman web untuk membuat rayuan kemasukan ke Tingkatan 1 SBP 2013 dijangka akan dibuka pada minggu hadapan.
  • Keputusan rayuan tertakluk kepada kekosongan tempat yang ada setelah proses pendaftaran murid yang menerima tawaran.

Maklumat

  • Jika terdapat sebarang pertanyaan sila hubungi Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan, Kementerian Pelajaran Malaysia di talian 03 8321 7400.


©  sediakan Keputusan Permohonan Kemasukan Ke SBP Tingkatan 1 2013. | ePutra | 

0 comments: