Blogger templates

Sunday, November 18, 2012

YA ALLAH SAVE GAZA


Israel terus bedil Genting Gaza

Kepulan asap tebal menyelubungi Gaza City selepas tentera Israel meneruskan kempen serangan besar-besaran yang masuk hari kelima ke atas Genting Gaza, semalam. - AP
GAZA CITY 18 Nov. - Serangan udara Israel ke atas bahagian tengah Gaza, hari ini menyebabkan 10 orang terbunuh, termasuk enam kanak-kanak Palestin dan tiga wanita, kata jurucakap perkhidmatan kecemasan.
Dalam serangan udara berasingan, sekurang-kurangnya lapan wartawan pula cedera apabila pesawat pejuang Israel menyerang dua bangunan media di sini pagi ini.
Jurucakap Kementerian Kesihatan, Ashraf al-Qaudra berkata, seorang daripada wartawan itu hilang sebelah kakinya apabila serangan mengenai pejabat al-Quds TV di bangunan Showa dan Housari di kawasan perumahan Rimal.
Serangan pertama ke atas bangunan media itu dilancarkan pada kira-kira pukul 2 pagi waktu tempatan (8 pagi waktu Malaysia).
Saksi berkata, bangunan-bangunan berkenaan mengalami kerosakan teruk dan menyaksikan wartawan dipindahkan selepas serangan pertama sebelum dua lagi serangan dilancarkan di kawasan itu.
Serangan kedua berlaku pada kira-kira pukul 7 pagi waktu tempatan (1 petang waktu Malaysia) dan mengenai bangunan Shuruq yang menempatkan pejabat al-Aqsa TV, di mana dua wartawan cedera.
Pengarah al-Quds TV, Imad Efranji mengutuk kejadian itu sebagai jenayah baru terhadap media.
Jurucakap perkhidmatan kecemasan, Adham Abu Selmiya pula berkata, kanak-kanak berusia 18 bulan berkenaan, Iyyad Abu Khusa terbunuh dalam serangan di timur kem Bureij, tengah Gaza.
Ashraf berkata, dua abangnya berumur empat dan lima tahun kini berada dalam keadaan kritikal.
Katanya, angka kematian akibat serangan udara Israel sejak Rabu lalu kini telah meningkat kepada 60 orang. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20121119/lu_07/Israel-terus-bedil-Genting-Gaza#ixzz2Ce39Zbr9
© Utusan Melayu (M) Bhd 





Liga Arab hantar delegasi runding gencatan senjata

Terjemahan Mohamad Yahya,19 Nov 2012
Ketua Liga Arab, Nabil Elaraby telah berikrar untuk menyokong rakyat Palestin menentang "pencerobohan Israel" dan untuk menamatkan sekatan Gaza semasa rundingan antara menteri luar Arab di Kaherah.


Para pemimpin berkata dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Sabtu lalu bahawa ketua Liga Arab akan mengetuai delegasi ke Semenanjung Gaza pada hari Ahad dan menyokong usaha Mesir untuk berunding berkenaan gencatan senjata.

Agensi Berita Maan melaporkan delegasi yang diketuai oleh Elaraby akan disertai Riyad Al-Malki, Menteri Luar Palestin, dan empat menteri luar lain. Hamas tidak lagi mengesahkan penyertaan dalam lawatan tersebut.

Mesyuarat Sabtu lalu telah diadakan selepas Israel melancarkan serangan udara besar-besaran bermula Rabu lalu kononnya bertujuan menghalang Hamas, kumpulan Palestin yang mengawal Gaza, daripada melancarkan roket salvo merentas sempadan.

Pesawat Israel mengebom bangunan kerajaan Hamas Sabtu lalu di wilayah Palestin, selepas kabinet Israel memberi kebenaran mobilisasi sehingga kepada 75,000 pasukan simpanan, bersedia untuk pencerobohan darat.

Mesir telah menaja gencatan senjata tidak rasmi Oktober lalu, yang kini gagal. Mesir berkata mereka sedang mengusahakan satu perjanjian baru.

Presiden Mesir Mohamed Morsi berkata Sabtu lalu terdapat "beberapa petunjuk" gencatan senjata boleh dicapai tidak lama lagi antara Israel dan Gaza Palestin tetapi dia tidak dapat memberi jaminan yang pasti. - (aljazeera.com)http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/14644-liga-arab-hantar-delegasi-runding-gencatan-senjata






Antara mangsa terbaru: Kanak-kanak maut apabila rumahnya diserang bom oleh pesawat pejuang rejim Zionis.

" Israel has right to protect itself from missile attacks - Obama "

Siapa serang siapa?





Umat Islam Harus Baca!!! Sebab Utama Israel Membunuh Kanak-kanak Palestin. Baca sini-->http://bit.ly/T6ugqQ


Pemuda Mesir yang berada di Gaza: 
"Terima kasih Gaza, yang telah mengumpulkan kami bersama-sama untuk satu matlamat iaitu untuk menentang penjajah, kami telah datang tanpa arahan bahkan tiada siapa berhak menghalang kami untuk memasuki Palestin apabila kita mahu untuk menyokong pejuang Gaza.."

Hampir 600 pemuda Mesir sukarela memasuki siang tadi selepas pintu sempadan rafah dibuka dan bantuan di
salurkan tanpa memerlukan Passport.

Sumber:
GazaNow

https://www.facebook.com/amanpalestinmesir?ref=stream








Doktor di Gaza...

Sehingga jam 5.30 pagi waktu Gaza (11.30 pagi Malaysia), seramai 49 orang telah terkorban akibat serangan Israel di Gaza dan seramai lebih 500 orang lagi mengalamikecederaan yang serius.

Dalam situasi perang seumpama ini, barisan doktor pakar (terutamanya orthopaedik, neurogery & anaesthesiologist), jururawat dan petugas perubatan yang lain akan bertugas hampir 24 jam setiap ha
ri. Ramai di kalangan mereka yang hanya tidur 1-2 jam sehari sahaja.

Inilah jihad para petugas perubatan di sana...

Tingkatkan sokongan melalui doa, bantuan kemanusiaa dsb mengikut kemampuan kita..


dipetik daripada beberapa laman web









1 comments:

nurul said...

berdoa,boikot dan derma..save gaza
www.the-simpleme.blogspot.com