Blogger templates

Saturday, June 5, 2010

MRSM KUALA LIPIS TUKAR MRSM TUN GHAZALIE SHAFIE

KUALA LIPIS: Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Lipis bakal bertukar nama kepada Maktab Rendah Sains Mara Tun Ghazali Shafie.

Ketua Pergerakan Pemuda Umno Pahang, Abu Jimmi Samat, berkata perkara itu dipersetujui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika beliau (Najib) melawat Kuala Lipis sabtu lalu.

"Perdana Menteri ketika mengadakan mesyuarat tertutup dengan Umno bahagian Lipis bersetuju supaya MRSM berkenaan ditukarkan nama sebagai Maktab Rendah Sains Mara Tun Ghazali Shafie. "Ia sebagai mengenang jasa bekas Menteri Dalam Negeri itu yang juga bekas Ketua Umno bahagian Lipis yang dilihat banyak berjasa kepada negara," katanya di sini, hari ini.

Abu Jimmi berkata, dalam perjumpaan dengan Perdana Menteri itu juga, Umno bahagian Lipis mencadangkan supaya beberapa jalan serta bangunan bersejarah di daerah itu dinamakan sempena nama Tun Ghazali Shafie.

MRSM itu mula dibuka pada 11 Mac 2002 dan kini menempatkan 708 pelajar. - Bernama

0 comments: