Blogger templates

Friday, December 25, 2009

kehidupan saya bahagian dua (sekolah rendah)


tamat sahaja tadika aku mula belajar di sekolah rendah .tempat langsung tak jauh .darjah satu memang satu perubahan yang amat ketara terutamanya kelas kelas dan semestinya pakaian seragam sekolah berwarna putih yang mudah kotor. selain itu juga kena pakai kasut putih yang merimaskan memang satu perubahan yang amat ketara. tapi itu merupakan perubahan yang baik.pada masa itu aku taklah ada ramai kawan selain daripada kawan semasa tadika tuu dulu. namun begitu lama kelamaan makin ramai yang menjadi taulan aku.

naik pula darjah dua aku ada seorang kawan baik tapi iainya hanya sekejap kerana dia berpindah pada darjah tiga. berada di kelas yang kedua pada masa itu bukan sesuatu yang membanggakan kerana di sekolah itu hanya ada tiga kelas iaitu bestari, rajin dan tawakal untuk setiap darjah. tapi perkara paling tak dapat dilupakan pada zaman itu ialah waktu habis sekolah dimana aku sering membeli ais krim yang dijual dihadapan sekolah sambil menunggu ayah aku datang menjemput. tak dilupakan juga koperasi sekolah dan kantinnya.kalau ke koperasi aku akan membeli kek apollo tapi kalau ke kantin nasi airlah pilihan utama aku.makin tahun makin ramai kawan aku sampailah ke darjah empat dimana masa ini masa yang mencabar.

0 comments: