Blogger templates

Saturday, December 26, 2009

kehiduan saya bahagian dua darjah empat


naik pula darjah empat aku masih dikelas yang kedua .dengan sedikit dorongan daripada keluarga aku mula belajar bersungguh sungguh untuk naik ke kelas yang pertama. iainya bukan sesuatu yang senang pada masa itu. tapi terima kasih kat semua orang aku mampu naik kelas pada darjah 5 ke kelas pertama. walaubagaimanapun aku perlu berusaha amat keras untuk mengekalkannya tambahan pula banyak saingan pada masa itu.


usaha memadai tahun selepasnya aku masih kelas yang pertama iaitu tahun paling mendebarkan sebabnya aku akan menghadapi peperiksaan UPSR. itu merupakan peperiksaan besar pertama aku dan aku amat tertekan. tapi aku dapat mengatasinya .pelbagai usaha aku lakukan pagi ,petang dan malam aku belajar. peluh cikgu pun masih belum sempat kering terutamanya guru kelas aku yang juga guru matematik iaitu Cikgu Rozita. beliau agak tegas tapi amat baik. setiap dia mengajar dia akan cuba sedaya upaya untuk memastikan anak muridnya faham. .


kelas aku pada tahun itu mempunyai 36 orang pelajar .agak ramai tapi seronok belajar pada masa itu kerana ada sikap suka bantu membantu. sehingga semua 36 orang pelajar masih berhubung dan setiap tahun akan diadakan perjumpaan semula .

0 comments: