Blogger templates

Wednesday, November 13, 2013

KEPUTUSAN UPSR 2013

Keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi tahun 2013 akan diumumkan esok 14 November 2013. Mereka yang menduduki UPSR 2013 boleh menyemak keputusan daripada sekolah masing-masing mulai pukul 10:00 pagi esok.
Seramai 478,848 orang pelajar Tahun 6 di seluruh negara telah mendaftar dan menduduki peperiksaan UPSR pada tahun ini. Peperiksaan bertulis UPSR 2013 telah dijalankan pada 10 – 12 September 2013 yang lalu di 8,268 pusat peperiksaan.

Semakan UPSR Secara SMS

Keputusan UPSR 2013 boleh juga disemak secara SMS yang boleh dilakukan mulai pukul 10.00 pagi 14 November sehingga 12 tengah malam 20 November 2013.
Cara semakan keputusan UPSR 2013 secara SMS;
  • Taip UPSR [angka giliran] dan hantar kepada 15888, contoh UPSR BC001A040 sms ke 15888.
  • Setiap sms yang dihantar akan dikenakan bayaran RM0.15 dan setiap sms yang diterima akan dikenakan bayaran RM0.20.
Semakan Keputusan UPSR 2013

Permohonan Ke Tingkatan 1

Para pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam UPSR 2013 ini jika berminat bolehlah membuat permohonan memasuki Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) atau Sekolah Agama Menengah (SAM). Sila rujuk;
Calon-calon dari negeri Selangor juga boleh memohon program khas Yayasan Selangor bersama Kementerian Pendidikan, sila rujuk Pengambilan Pelajar Tingkatan Satu Rancangan Khas Yayasan Selangor Dan Kementerian Pelajaran untuk maklumat lanjut.
Sementara itu permohonan kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Kawalan, Kelas Kawalan, Kelas Rancangan Khas (KRK), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) dan Kelas Aliran Agama (KAA) telah pun ditutup, sila rujuk;
Walaupun begitu para calon dan ibubapa boleh berhubung terus dengan sekolah yang berkenaan untuk mendapatkan maklumat terkini.


Baca di: http://eputra.com/keputusan-upsr-2013/#ixzz2kXbFW4pn
Under Creative Commons License: Attribution

0 comments: