Biasiswa/Pinjaman Sultan Ismail Nasiruddin Shah Terengganu – 2013/2014
Lembaga Pemegang-Pemegang Amanah Yayasan Terengganu dengan sukacitanya mempelawa pemohon-pemohon yang berkelayakan daripada Anak Negeri Terengganu Darul Iman untuk mendapatkan pinjaman bagi mengikuti pengajian Lesen Jurutera Penyelenggaraan Kapal Terbang di Taeco Training Centre Xiamen, China ( 2 Tahun )
- SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
- Pemohon mestilah terdiri daripada anak-anak Negeri Terengganu Darul Iman berdasarkan kepada salah seorang ibu atau bapa pemohon berkenaan lahir di Negeri Terengganu Darul Iman.
- Pemohon atau ibu/bapa yang bukan rakyat Negeri Terengganu Darul Iman tetapi telah bermastautin selama tidak kurang dari 10 tahun juga boleh memohon dengan menyertakan surat akuan bermastautin dan bukti-bukti lain yang meyakinkan.
2. KELAYAKAN AKADEMIK
- Berumur antara 17 hingga 26 tahun.
- Lulus Diploma Penyelenggaraan Kapal Terbang atau Diploma yang setaraf dengannya dengan mendapat CGPA 3.5 dan ke atas dari IPTA/IPTS yang diiktiraf.
DAN
- Lulus SPM dengan mendapat Kepujian dalam matapelajaran Bahasa Melayu.
DAN
- Tidak Rabun Mata
3. CARA MEMOHON
- Permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang Pinjaman Sultan Ismail Nasiruddin Shah Terengganu yang boleh didapati terus daripada Pejabat Yayasan Terengganu
- Pemohon juga boleh mencetak borang menerusi laman web rasmi Yayasan Terengganu di alamat :http://www.ytrg.terengganu.gov.my
4. DOKUMEN-DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
Borang permohonan yang telah lengkap diisi oleh pemohon hendaklah disertakan bersama dengan dokumen-dokumen berikut yang telah disahkan:-
- Salinan Surat Beranak pemohon, salinan Kad Pengenalan pemohon, ibu dan bapa atau penjaga serta surat pengesahan bermastautin bagi yang berkaitan.
- Salinan sijil-sijil akademik termasuk keputusan penuh peperiksaan (Transkrip)
- Sekeping gambar berukuran pasport.
- Resume pemohon
5. TARIKH TUTUP
- Borang permohonan yang telah disempurnakan hendaklah dikembalikan ke Pejabat Yayasan Terengganu selewat-lewatnya pada 10 Februari 2012
6. TEMUDUGA
- Pemohon yang mencukupi syarat akan dipanggil untuk menjalani ujian kelayakan, ujian IQ dan temuduga.
- Pemohon-pemohon yang lulus dalam ujian kelayakan, ujian IQ dan temuduga akan ditawarkan pinjaman.
- Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh iklan ditutup adalah dianggap tidak berjaya.
0 comments:
Post a Comment