Permohonan Melalui UPU Ke Politeknik dan ILKA Lepasan SPM/Setaraf dan SKM
Permohonan kemasukan ke Politeknik dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) sesi akademik 2013/2014 atau ambilan 2013 bagi program pengajian lepasan SPM dan setaraf serta lepasan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) telah dibuka mulai 7 Januari 2013.
POLITEKNIK dan ILKA
Permohonan kemasukan ke Politeknik melibatkan semua Politeknik kecuali Politeknik Premier.
Permohonan kemasukan ke Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) melibatkan agensi-agensi berikut:
- KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN (KBS)
- Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN)
- Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) - INSTITUSI LATIHAN JABATAN TENAGA MANUSIA (ILJTM)
- Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC)
- Institut Teknikal Jepun – Malaysia (JMTI)
- Institut Latihan Perindustrian (ILP) - KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA
- Jabatan Pertauliahan Dan Kemahiran Lanjutan (CIAST) - KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI
- Polikteknik
- Kolej Komuniti - MAJLIS AMANAH RAKYAT (MARA)
- Institut Kemahiran MARA (IKM)
- Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) - KEMENTERIAN PERTANIAN & INDUSTRI ASAS TANI
- Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan (NATC)
Bagi permohonan ke IPTA dan Politeknik Premier sila rujuk Permohonan Kemasukan ke IPTA & Politeknik Premier Lepasan SPM/setaraf.
KATEGORI PERMOHONAN
Bagi lepasan SPM terbahagi kepada 5 kategori iaitu;
Kategori A
Pemohon yang menggunakan kelayakan SPM tahun 2012 sahaja.Kategori B
Pemohon yang menggunakan keputusan SPM tahun 2011 atau 2010.Kategori C
Pemohon yang menggunakan keputusan SPM tahun 2009 atau sebelumnya atau sijil yang setaraf dan diiktiraf oleh IPTA.Kategori D
Pemohon menggunakan keputusan SPM 2010 dengan sijil ulangan SPM 2011 atau sijil ulangan SPM 2012 atau, SPM 2011 dengan sijil ulangan SPM 2012.
Bagi lepasan SKM terbahagi kepada 3 kategori iaitu;
Kategori 1
Pemohon mempunyai Sijil SKM Tahap 1.Kategori 2
Pemohon mempunyai Sijil SKM Tahap 2.Kategori 3
Pemohon mempunyai Sijil SKM Tahap 3.
PROGRAM PENGAJIAN
Program pengajian yang boleh dipohon adalah
Lepasan SPM
- Sijil & Sijil Lanjutan
- Diploma
Lepasan SKM
- Sijil & Sijil Lanjutan
- Diploma & Diploma Lanjutan
Senarai program pengajian terutamanya syarat khas kelayakan memohon bagi setiap kursus atau program pengajian. boleh disemak di e-Panduan Permohonan Kemasukan ke Politeknik & ILKA.
PERMOHONAN
- Permohonan secara online boleh di buat melalui laman web
- Pastikan anda telah memahami Panduan Mengisi Borang sebelum membuat permohonan.
- Bagi lepasan SPM, setiap pemohon dibenarkan memilih lima pilihan program pengajian. Pemohon perlu memilih sekurang-kurangnya tiga pilihan program pengajian yang berlainan.
- Bagi lepasan SKM, setiap pemohon dibenarkan memilih tiga pilihan program pengajian. Pemohon perlu memilih sekurang-kurangnya satu pilihan program pengajian.
- Hanya satu permohonan dan tiga kali pengemaskinian dibenarkan bagi setiap pemohon.
NOMBOR UNIK ID
- Nombor unik ID BSN diperlukan semasa membuat permohonan. Nombor unik ID ini boleh dibeli di mana-mana kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai sekarang sehingga 15 April 2013.
- Nombor ini boleh juga dibeli melalui Perkhidmatan Perbankan Pesanan Ringkas BSN (SMS Banking) atau mesin ATM bagi mereka yang memiliki akaun GIRO BSN.
- Nombor Unik ID boleh dibeli secara pukal oleh guru atau kaunselor sekolah secara pukal dari 7 hingga 30 November 2012 lalu.
- Bayaran untuk nombor unik ID ini adalah RM10.60.
- Satu nombor unik ID yang sama boleh digunakan untuk 3 jenis permohonan iaitu ke IPTA, Politeknik dan ILKA.
- Contoh Slip BSN.
DASAR dan KRITERIA PEMILIHAN
- Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT) dan agensi-agensi yang berkenaan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Bersama mengguna pakai dasar pengambilan pelajar ke Politeknik dan ILKA berasaskan prinsip meritokrasi dengan mengguna pakai 75% markah akademik 10% markah kokurikulum dan 15% pendapatan, tempat tinggal, dan tanggungan (SES).
- Kriteria pemilihan adalah berasaskan;
- Pencapaian akademik dalam Peperiksaan SPM/Setaraf; atau Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)
- Pencapaian dalam aktiviti kokurikulum;
- Tanggungan, pendapatan dan tempat tinggal (SES)
- Memenuhi syarat khas program pengajian/kursus seperti yang ditetapkan oleh institusi/agensi;
- Kombinasi mata pelajaran yang dimiliki bersesuaian dengan program pengajian/kursus dipohon;
- Gred mata pelajaran untuk tujuan pengkhususan;
- Lulus temu duga / ujian kelayakan yang ditetapkan oleh institusi/agensi bagi program pengajian/kursus yang memerlukan;
- Program pengajian/kursus pilihan pemohon mengikut keutamaan;
- Bilangan tempat yang disediakan di institusi/agensi
- Maklumat lebih terperinci boleh didapati di surat makluman yang diberi oleh Jabatan Pengajian Tinggi kepada sekolah-sekolah.
PROSEDUR PENGURUSAN PERMOHONAN
Sila rujuk Prosedur Pengurusan Permohonan untuk mendapatkan maklumat tentang;
- Syarat Permohonan
- Program Pengajian Untuk Bumiputra dan Bukan Bumiputra
- Takrif Bumiputra
- Syarat Pemilihan Program
- Program VTO
- Dasar Markah Kokurikulum
- Penyediaan dan Pengiraan Merit
- Penajaan
- Dasar Pertukaran Program Pengajian/Kursus
- Dasar Pertukaran Politeknik/ILKA
- Dasar Rayuan
TARIKH TUTUP
- Permohonan kemasukan ke Politeknik dan ILKA melalui UPU bagi lepasan SPM dan SKM ini akan ditutup pada 15 April 2013.
MAKLUMAT & PERTANYAAN
- Sila rujuk Laman Web Rasmi Kemasukan ke IPTA – UPU untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci.
- Sila rujuk kategori Kementerian Pengajian Tinggi di ePutra untuk membaca komen-komen yang berkaitan untuk situasi yang sama pada tahun-tahun lepas.
- Sebarang pertanyaan mengenai permohonan ke Program Pengajian Lepasan SPM/setaraf dan SKM Sesi Akademik 2013/2014 sila hubungi:
Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar,
Aras 4, No.2 Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan.
62200 WP Putrajaya.Hotline UPU: 03 8870 6767
Helpline UPU: 03 8870 6777
Talian Am: 03 8870 6755/6766
Kaunter: 03 8870 6778
Faks: 03-8870 6864E-mel: upu@mohe.gov.my - Pemohon juga boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai program pengajian dengan menghubungi Politeknik dan ILKA yang berkenaan.
Baca di: http://eputra.com/permohonan-kemasukan-ke-politeknik-ilka-lepasan-spm-skm-sesi-akademik-2013-2014/#ixzz2HL2zhUUf
Under Creative Commons License: Attribution
0 comments:
Post a Comment