Blogger templates

Saturday, September 29, 2012

permohonan mrsm ke tingkatan 4 2013


Permohonan Kemasukan Ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tingkatan 4 2013 Semenanjung Malaysia

Majlis Amanah Rakyat (MARA) mempelawa pelajar Tingkatan 3 yang akan menduduki PMR 2012 dan memenuhi syarat kelayakan untuk memohon kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tingkatan 4 tahun 2013. MRSM menawarkan jurusan Sains Tulen sebagai jurusan utama.
Maktab Rendah Sains MARA - MRSM

Syarat Kelayakan Memohon MRSM

  1. Pelajar Bumiputera tingkatan tiga di Semenanjung Malaysia dan pelajar bukan Bumiputera (tingkatan tiga yang sedang menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan) di Semenanjung Malaysia.
  2. Pelajar yang sedang menuntut di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Kementerian Pelajaran tidak dibenarkan memohon dan tidak akan ditawarkan ke MRSM.
  3. Pemohon hendaklah lulus Peperiksaan Percubaan PMR 2012 di Sekolah Menengah Kebangsaan dengan memperoleh sekurang-kurangnya lulus dalam mata pelajaran Matematik dan Sains.

Syarat Kelayakan Masuk MRSM

  1. Mendapat sekurang-kurangnya 6A 2B (A dalam Matematik dan Sains) dan tiada gred C, D atau E bagi mata pelajaran teras dalam PMR tahun 2012.
  2. Mendapat markah yang tinggi dalam Ujian Kecenderungan Kemasukan ke MRSM (UKKM) 2012.

Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM)

  1. Pemohon akan menduduki UKKM pada tarikh antara 26 hingga 30 November 2012.
  2. Tempat dan tarikh ujian perlu dipilih oleh pemohon semasa mengisi borang permohonan secara atas talian (online).

Pemilihan

  1. Keutamaan diberikan kepada pemohon daripada keluarga berpendapatan rendah.
  2. Hanya permohonan yang memenuhi syarat kelayakan sahaja akan dipertimbangkan.
  3. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan dipertimbangkan.
  4. Pemohon yang tidak menduduki UKKM juga tidak akan dipertimbangkan.

Permohonan

  1. Sebelum mengisi borang secara online pemohon perlu mendapatkan nombor pin atau kata laluan.
  2. Permohonan perlu dibuat secara online di Permohonan Kemasukan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tingkatan 4 2013 mulai 1 Oktober 2012.
  3. Pemohon mestilah mengisi semua maklumat yang diperlukan di dalam borang permohonan online serta memastikan borang tersebut dihantar secara online.
  4. Pemohon juga perlu membuat cetakan borang permohonan dan menghantarnya bersama-sama dokumen lain yang berkaitan ke alamat di bawah:
    • Permohonan Ke Tingkatan 4 2013,
      Pengarah, Bahagian Pendidikan Menengah,
      Tingkat 19,
      Ibu Pejabat MARA,
      Jalan Raja Laut,
      50609 KUALA LUMPUR.

Memohon Nombor Pin atau Kata Laluan

  1. Pemohon boleh mendapatkan nombor pin di semua Pejabat MARA Negeri, Pejabat MARA Daerah dan Maktab Rendah Sains MARA mulai 1 Oktober 2012 secara percuma.
  2. Sila bawa salinan kad pengenalan dan keputusan Peperiksaan Percubaan PMR 2012 yang telah disahkan benar, semasa mendapatkan nombor pin. Bawa juga angka giliran PMR pemohon.

Tarikh Tutup

  1. Permohonan Kemasukan ke MRSM Tingkatan 4 2013 akan ditutup pada 19 Oktober 2012.
  2. Cetakan borang permohonan online yang telah lengkap diisi bersama-sama dokumen yang berkaitan hendaklah dihantarkan selewat-lewatnya pada 26 Oktober 2012.
  3. Pemohon boleh menyemak keputusan ke MRSM pada bulan Februari 2013.
  4. Sekiranya pemohon tidak menerima sebarang jawapan sehingga 30 April 2013 permohonan anda dianggap tidak berjaya.

Maklumat

  1. Sila rujuk Iklan Permohonan Kemasukan Ke Maktab Rendah Sains MARA Tingkatan 4 Tahun 2013 Semenanjung Malaysia untuk maklumat lanjut.
  2. Sila rujuk juga komen-komen di Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan Empat 20102011 dan 2012bagi mendapatkan lebih maklumat.
  3. Sila rujuk laman web MARA berikut untuk mendapatkan maklumat tambahan;
  4. Sebarang pertanyaan dan masalah yang berkaitan dengan permohonan kemasukan Tingkatan 4 MRSM ini sila hubungi Bahagian Pendidikan Menengah MARA di talian 03-2613 4509 atau 03-2613 4513.

Thursday, September 27, 2012

menjadi khalifah 2012

It is a story of Ahmad. Ahmad just move to Perak Matriculation Colleges from Perlis. There, Ahmad meet Bakar, Omar, Osman and Ali. Together they search the true meaning of 'knowledges', and why they (human) need to search and learn for it. Is it possible to get better life from it? Is that the main point of life. Can Ahmad help and guide his friends to be a 'Khalifah' in this world and afterlife? .

Pemohonan Kemasukan ILJTM sesi 2012


Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) ditubuhkan untuk menyediakan dan melaksanakan program latihan kemahiran pra-pekerjaan bagi memenuhi keperluan sektor perindustrian negara. Objektif utama ILJTM adalah untuk melahirkan tenaga manusia yang optimum melalui program latihan kemahiran perindustrian.
ILJTM terdiri daripada:
  • 22 buah Institut Latihan Perindustrian (ILP) yang menawarkan program peringkat sijil dan sijil lanjutan
  • 5 buah Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) yang menawarkan program peringkat Diploma dan Diploma Lanjutan
  • Sebuah Institut Teknikal Jepun-Malaysia (JMTI) yang juga menawarkan program peringkat Diploma dan Diploma Lanjutan.

Pengambilan Pelajar Baru ILJTM

Pengambilan ke ILJTM dibuat 2 kali setahun iaitu pada bulan Januari dan bulan Julai setiap tahun. Iklan akan dikeluarkan pada bulan Mac dan September. Bagi sesi kemasukan Januari permohonan secara online perlu dibuat melalui laman web JTM. Manakala bagi kemasukan Julai perlu dibuat secara online di laman web JTM dan UPU, bergantung kepada kelulusan pemohon.
JTM

Syarat Asas

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 17 – 35 tahun
  • Tidak buta atau buta warna atau rabun (tidak berkacamata /tidak berkanta lekap) atau pekak (tanpa alat bantuan) atau bisu atau cacat fizikal/anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran.

Syarat Khas

Tertakluk kepada kursus yang dipohon dan kelulusan pemohon, sila rujuk;

Kemudahan

  • Program Sijil – Yuran pengajian, penginapan, makan dan minum adalah percuma. Menerima elaun sara hidup RM100 dan RM300 sebulan semasa latihan industri.
  • Program Diploma & Diploma Lanjutan – Pinjaman pelajaran daripada Perbadanan Tabung Pinjaman Kemahiran (PTPTK).
  • Bagi OKU – sama seperi program sijil serta elaun sara diri RM300 sebulan.

Permohonan

  • Permohonan kemasukan ke ILJTM perlu dibuat secara online sahaja.
  • Tiada nombor pin atau unik ID yang diperlukan.

Tarikh Tutup

  • Permohonan kemasukan ke ILJTM bagi sesi Januari 2013 ini akan ditutup pada 25 Oktober 2013.
  • Mereka yang tidak mendapat sebarang jawapan dalam tempoh 3 bulan selepas tarikh tutup dianggap tidak berjaya.

Maklumat

Maklumat di atas adalah ringkasan sahaja, sila kunjungi laman web ILJTM dan baca iklan pengambilan untuk maklumat lebih terperinci.

Pertanyaan

Jika terdapat sebarang pertanyaan berkaitan permohonan ke ILJTM ini, sila berhubung terus dengan;
  • Bahagian Pengurusan Latihan,
    Jabatan Tenaga Manusia,
    Aras 6, Blok D4, Kompleks D,
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
    62530 Putrajaya

    Telefon: 03-8886 5555
    Faks: 03-8889 2417
    Email: jtm@mohr.gov.my


Baca di: http://eputra.com/permohonan-kemasukan-iljtm-sesi-januari-2013/#ixzz27fk93eZc
Under Creative Commons License: Attribution


http://eputra.com/permohonan-kemasukan-iljtm-sesi-januari-2013/

Karnival Pembelajaran sepanjang hayat 2012


Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) dirancang oleh Kementerian Pengajian Tinggi bagi membentuk rakyat Malaysia sebagai bangsa pencinta ilmu yang meneruskan ketamadunan dan melonjakkan kualiti kehidupan. Penyemaian budaya ilmu boleh diterokai dan diperoleh tanpa batasan usia dan pendidikan formal. Program-program dan inisiatif melalui PSH akan membawa kepada peningkatan ilmu, produktiviti dan daya saing negara.
Usaha menjadikan PSH sebagai satu gaya hidup masyarakat dan komuniti di negara ini diusahakan melalui beberapa penerapan mesej dan peningkatan kesedaran tentang agenda PSH. Salah satu daripadanya adalah Karnival dan Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat Peringkat Nasional.
Pembelajaran Sepanjang Hayat

Karnival dan Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

Karnival dan Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat Peringkat Nasional akan diadakan pada pada 22 dan 23 September 2012 di PWTC, Kuala Lumpur.
Di Karnival dan Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat ini orang ramai akan mendapat maklumat mengenai program PSH yang ditawarkan kepada masyarakat, memberi peluang kepada masyarakat untuk menyertai program PSH dan mencetus idea ke arah meningkatkan kualiti hidup melalui PSH.

Aktiviti Karnival dan Seminar PSH Peringkat Nasional

Sempena Karnival dan Seminar PSH Peringkat Nasional ini, empat aktiviti utama yang akan dilaksanakan iaitu:
  1. Majlis Pelancaran Karnival PSH yang akan dirasmikan oleh YB Menteri Pengajian Tinggi;
  2. Karnival PSH yang terdiri daripada 100 booth pameran dan pelbagai aktiviti hands on yang disertai oleh lebih 10 kementerian dan agensi yang menawarkan program PSH;
  3. Seminar PSH pembentangan kertas mengenai PSH yang turut disertai oleh kementerian dan agensi yang menawarkan program PSH; dan
  4. Promosi PSH untuk meningkatkan kesedaran dan galakan kepada orang ramai terhadap pelbagai program PSH yang sedia ada.
Kolej Komuniti merupakan salah satu daripada agensi yang menawarkan pelbagai modul kursus dalan program PSH ini dengan bayaran bermula dari RM5.00 sahaja. Sila lihat Senarai Kursus dalam program PSH yang ditawarkan oleh Kolej Komuniti seluruh negara.

Maklumat

Maklumat lanjut boleh diperolehi di Facebook Pembelajaran Sepanjang Hayat.
Boleh juga terus menghubungi Urus Setia Karnival dan Seminar PSH Peringkat Nasional iaitu Wan di talian 03-8870 5096 dan Merha di talian 03-8888 5277.


Baca di: http://eputra.com/karnival-pembelajaran-sepanjang-hayat-2012/#ixzz27fiHox6G
Under Creative Commons License: Attribu


http://eputra.com/karnival-pembelajaran-sepanjang-hayat-2012/

Monday, September 24, 2012

semakan ptptn 2012





kepada para pelajar yang memohon ptptn boleh mula menyemak hari ini pada laman www.ptptn.gov.my

Diri kita

sekarang nie sibuk dengan kempen pilihan raya di universiti-universiti di Malaysia. Daripada sudut pandangan admin semenjak kempen dilaksanakan di Universiti Malaya, ramai lagi yang masih berfikiran sempit dan mengikut hawa nafsu semata mata..

tidak kiralah pro mahasiswa mahupun penggerak, semuanya menunjukkan cara berkempen kebudakan...mengimbau kembali semasa berada di mrsm yang juga menggunakan sistem pilihan raya untuk memilih exco badan pewakilan pelajar..walaupun ianya tidah segempak dan sebesar pilihan raya di univeristi namun cara pengendalian dan calon itu sendiri itu menunjukkan kematangan yang tersendiri.

walaupun kalah semasa pilihan raya manifesto yang ingin dilaksanakan oleh pihak yang kalah dibincangkan bersama tanpa ada sedikit pun perasaan iri hati dan ketidak puasan hati..setiap kekurangan dan kesilapan pihak pentadbiran disampaikan dengan betul dan ianya berjaya dilaksanakan..bukan seperti disini yang tidak betul kita rempuh yang tidak boleh kita bolehkan...sehingga hilang rasa hormat kita yang sepatut kita utamakan terutamanya kepada orang yang memberi kita ilmu.

lantas apa yang mahu diperjuangkan diletak ke dalam beg dan yang keluar nafsu marah sahaja dan hasilnya pepecahan antara kita sendiri.masing-masing sibuk dengan memberitahu keburukan pihak lawan masing masing. sebab kita manusia yang buruk kita lihat yang baik kita buang jauh jauh betul kerr ituu.kita tidak pernah nampak kebaikan seseorang itu dan apabila sedikit sahaja kesilapan yang dilakukan mata dan otak kita terus berfungsi dengan baik, anda setuju..

cukuplahh kita memburukkan antara satu sama lain, bersama samalah kita memajukan diri kita, agama, bangsa,negara, universiti BERSAMA SAMA.

Wednesday, September 19, 2012

pemohonan IPTA ambilan November 2012/ Februari 2013/ Mac 2013


Permohonan IPTA Ambilan November 2012 / Februari 2013 / Mac 2013

Permohonan kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi pengambilan sesi November 2012 / Februari 2013 / Mac 2013 atau Semestar 2 2012/2013 telah dan akan mula dibuka oleh beberapa universiti yang terlibat.Permohonan IPTA Semestar 2
Pengambilan IPTA sesi November 2012 / Februari 2013 / Mac 2013 ini memberi peluang kepada sebilangan pelajar yang gagal semasa pengambilan sesi Jun yang lalu dan untuk mereka yang baru menamatkan pengajian atau terlepas peluang semasa sesi yang lalu.
Secara amnya pengambilan sesi November adalah untuk program pengajian peringkat Asasi dan Diploma. Manakala pengambilan sesi Februari/Mac 2013 adalah untuk program pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda.

Cara Memohon

Pengambilan ke IPTA bagi sesi September yang lalu diuruskan secara berpusat oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar atau lebih dikenali dengan UPU di bawah Kementerian Pengajian Tinggi. Pengambilan ke IPTA bagi sesi November 2012 / Februari 2013 / Mac 2013 atau Semestar 2 Sesi 2012/2013 ini pula diuruskan sendiri oleh universiti yang berkenaan.
Oleh itu semua permohonan perlulah dibuat terus kepada universiti yang tersebut. Sila rujuk ke laman web yang ditentukan untuk setiap universiti. Walaupun begitu hanya sebahagian kecil sahaja universiti yang ada membuat pengambilan dan tidak semua program pengajian yang ditawarkan.

Pengambilan November 2012 / Februari 2013 / Mac 2013

Setakat ini berikut adalah IPTA yang ada membuat pengambilan. Kami memohon kepada pembaca yang mempunyai maklumat mengenai IPTA lain supaya dapat berkongsinya di sini.

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS – UPSI

Program Pengajian UPSI

  • Sesi November 2012
    • Diploma Sains
    • Diploma Teknologi Makmal
    • Diploma Bahasa Inggeris
    • Diploma Reka Bentuk dan Pembangunan Permainan
    • Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak
    Semua program Diploma yang ditawarkan adalah untuk pasaran terbuka dan bukan untuk lantikan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (Guru) di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia.
  • Sesi Februari 2013
    • Ijazah Sarjana Muda
    Ada beberapa program yang ditawarkan adalah untuk pasaran terbuka dan bukan untuk lantikan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (Guru) di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia.

Permohonan UPSI

  • Sesi November 2012
    • Permohononan perlu dibuat secara online sahaja mulai 12.00 tengahari 19 September 2012.
  • Sesi Februari 2013
    • Permohononan dijangka akan dibuka dalam bulan November 2012.
  • Pemohon perlu membeli nombor BITARA ID bernilai RM 26.00 dari Bank Simpanan Nasional.
  • Sila rujuk laman web Permohonan Atas Talian UPSI dan Bahagian Akademik UPSI.

Tarikh Tutup UPSI

  • Sesi November 2012
    • Permohonan akan ditutup pada 3 Oktober 2012
  • Sesi Februari 2013
    • Permohonan kemasukan sesi Februari 2013 UPSI biasanya akan ditutup pada penghujungNovember 2012. (Akan dikemaskini bila permohonan dibuka nanti)

Keputusan Permohonan UPSI

  • Keputusan permohonan kemasukan UPSI boleh disemak di Permohonan Atas Talian UPSI
  • Permohonan eRAyuan juga boleh dibuat di pautan di atas.

Maklumat UPSI

  • Jika terdapat sebarang pertanyaan atau kemusykilan, sila hubungi talian 05 450 6929 / 6030 / 6932 atau emel akademik@upsi.edu.my.

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA – UiTM

Program Pengajian UiTM

  • Sesi November 2012
    • Asasi Undang-Undang
    • Diploma
    • Penerapan Pra Diploma UiTM ke Diploma UiTM
  • Sesi Januari 2013
    • Profesional
  • Sesi Mac 2013
    • Profesional
    • Ijazah Sarjana Muda
    • Penerapan Diploma UiTM ke Ijazah Sarjana Muda UiTM

Permohonan UiTM

Tarikh Tutup UiTM

  • Sesi November 2012
    • Permohonan ditutup pada 26 Ogos 2012.
  • Sesi Mac 2013
    • Akan dikemaskini apabila permohonan dibuka nanti.

Keputusan Permohonan UiTM

Maklumat UiTM

Jika terdapat sebarang pertanyaan mengenai pemgambilan dan keputusan permohonan kemasukan ke UiTM ini, sila hubungi Bahagian Pengambilan Pelajar di talian 03 5544 3164/ 3165/ 3166/ 3174/ 3175 atau faks 03 5544 3170 atau emel bpp@salam.uitm.edu.my .

UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA – UIAM

Program Pengajian UIAM Sesi Februari

  • Ijazah Sarjana Muda

Permohonan UIAM

Tarikh Tutup UIAM

  • Permohonan kemasukan sesi Februari 2013 UIAM akan ditutup pada 31 Disember 2012.

Keputusan Permohonan UIAM

Maklumat UIAM

Jika terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi UIAM di talian 03 6196 4000 samb 4043/4048/4045 atau faks 03 6196 4724 atau emel admissions@iiu.edu.my.

Maklumat


      

KUMPULL JUMAAT. BANTAH HINA NABI

Harakahdaily,19 Sep 2012

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia mempelawa seluruh umat Islam yang cintakan agama turun dalam himpunan membantah filem 'Innocence of Muslims' yang menghina Nabi pada Jumaat, 21 September ini.

Ketuanya Nasrudin Hassan berkata, semua pihak berhak turun menyatakan bantahan dan tidak timbul soal siapa pelawa siapa untuk himpunan itu nanti.

Hina Nabi: Siapapun berhak turun Jumaat ini

"Saya telah diaju pelbagai soalan oleh media berkait sikap pemuda PAS  terhadap pelawaan pemuda Umno dalam isu himpunan membantah penghinaan terhadap Rasululla SAW.

"Suka saya tegaskan bahawa perkara ini bukanlah isu sebenar. Sebaliknya, yang jadi isu ialah penghinaan ke atas Nabi SAW. Adapun, siapa membantah filem yang menghina Nabi itu, turunlah ke kedutaan US Jumaat ini. Habis cerita," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Beliau berkata demikian sebagai jawapan kepada pihak yang mahukan pendirian dewan itu terhadap pelawaan pemuda Umno.

Menurut Nasrudin, DPPM sedari awal, sejak Rabu, 12 September lalu telah memutuskan untuk mengadakan himpunan di Kedutaan Amerika itu pada Jumaat ini.

Sedangkan hanya pada Isnin, 17 September lalu, beliau mengetahui melalui media bahawa pemuda Umno ada mengajak pemuda PAS untuk turun berdemontrasi bersama-sama.

"Terima kasihlah kerana menjemput kami. Kalau tiada jemputan pun, Kami memang akan turun pada 21 September ini, kerana kami terlebih awal telah “dijemput" oleh Nabi kami SAW untuk turun menunjuk sikap dan mempertahankan kemuliaannya," katanya lagi.

Nasrudin juga melahirkan rasa hairan kenapa isu 'pelawaan' tersebut dipolemikkan sehingga mengalih pandangan umum daripada isu sebenar .

"Atau mereka sengaja mahu mencari political millage dan hendak tunjuk hero kepada masyarakat? Kalau mahu berdemo, turun saja lah, tidak perlu buat bising. Apakah mereka bergantung kepada keputusan pemuda PAS baru akan turun demonstrasi?

"Lucunya, kenduri belum lagi bermula, sudah ada yang berebut meja makan. Tunggulah hari kenduri, kemudian datang dan ambillah mana-mana kerusi dan meja kosong. Kenapa mahu bising-bising? Mahu cari publisiti murah?" soalnya.


PETIKAN DARI HARAKAH DAILY

bantuan pelajaran Tunku Abdul Rahman

Bantuan pelajaran yang diberi nama Bantuan Pelajaran Tunku Abdul Rahman ini diwujudkan untuk mengenang sifat perihatin Almarhum Y.T.M. Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Bapa Kemerdekaan dan Perdana Menteri Malaysia pertama.

Bantuan Pelajaran Tunku Abdul Rahman ini dikhususkan untuk pelajar yang berlatarbelakang daripada golongan miskin bagi menampung kos sara hidup semasa mengikuti pengajian sepenuh masa Ijazah Sarjana Muda di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
(i) Warganegara Malaysia.
(ii) Pelajar berdaftar sepenuh masa dalam sebarang pengajian Ijazah Sarjana Muda di IPTA.
(iii) Berlatarbelakang keluarga miskin.
(iv) Peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional layak memohon.

KADAR BANTUAN DAN CARA BAYARAN
Amaun bantuan dan bilangan penerima akan ditentukan oleh Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Tunku Abdul Rahman dan disalurkan melalui pihak Pejabat Hal Ehwal Pelajar IPTA.

PENGESAHAN PENDAPATAN KELUARGA
Maklumat berkaitan pendapatan keluarga pemohon hendaklah disahkan oleh Penghulu Mukim (atau setaraf) atau Ketua Jabatan (Majikan ibu bapa/penjaga) yang benar-benar mengenali keluarga pemohon.

PERMOHONAN
Borang Permohonan Bantuan Pelajaran Tunku Abdul Rahman boleh dimuat turun di laman web http://hep.um.edu.my atau http://myum.um.edu.my . Semua permohonan mesti diserahkan kepada Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) universiti anda.

Tarikh tutup permohonan : 30 September 2012.

Hanya calon yang disenarai pendek akan dihubungi. Pemohon yang tidak dihubungi selepas 2 bulan dianggap tidak berjaya.

For more info, please click HERE.

BIASISWA HAJAR ZAINUDDIN

Biasiswa ini diwujudkan bagi meneruskan kesinambungan matlamat penubuhan Asrama Darul Hana di Alor Star, Kedah sejak tahun 1985 yang banyak berfungsi menyediakan penginapan untuk pelajar peringkat menengah di Maktab Mahmud, Alor Star, Kedah. Keinginan untuk memberi sumbangan dalam bidang pendidikan diteruskan lagi dengan memberi sumbangan kepada pelajar Universiti Malaya dalam bentuk anugerah biasiswa. Objektif penubuhan Biasiswa Hajar Zainuddin ialah untuk memberi sokongan kepada pelajar yang cemerlang dan berasal dari keluarga berpendapatan rendah untuk meneruskan pengajian peringkat Ijazah Pertama dalam bidang Ekonomi di Universiti Malaya. 

BIDANG PENGAJIAN
  • Sarjana Muda Ekonomi       
  • SYARAT KELAYAKAN
  • Mestilah beragama Islam
  • Warganegara Malaysia      
  • Berada dalam tahun kedua pengajian pada sesi 2012/2013       
  • Memperoleh PNGK terkini sekurang-kurangnya 3.00 ke atas   
  • Mempunyai kemahiran kepimpinan dan boleh berinteraksi dengan baik      
  • Aktif dalam kegiatan kokurikulum dan sukan      
  • Boleh menulis dan bertutur dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dengan baik           
  • Belum menerima tajaan biasiswa/pinjaman. Sekiranya telah menerima tajaan, tajaan yang sedia ada perlu dibatalkan

KADAR BIASISWA  

Kadar biasiswa ialah sebanyak RM3,300.00 bagi satu semester sepanjang tempoh minimum pengajian 

CARA MEMOHON
  • Borang permohonan boleh didapati di http://hep.um.edu.my atau http://myum.um.edu.my    
  • Borang yang telah lengkap diisi dengan disertakan salinan dokumen sokongan yang telah disahkan benar hendaklah dikembalikan ke Pejabat Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Universiti Malaya

TARIKH TUTUP PERMOHONAN         
  • Tarikh tutup permohonan ialah pada 28 September 2012 (Jumaat)       
  • Permohonan yang tidak lengkap atau lewat diterima akan ditolak      
  • Pelajar yang disenarai pendek sahaja yang akan dipanggil untuk ditemuduga      
  • Calon yang berjaya akan diberitahu melalui surat

Untuk maklumat lanjut, sila klik pautan dibawah:-

NIK AZIZ SOKONG PEMUDA BN


Nik Aziz sokong Pemuda UMNO, Pemuda Pas bergabung anjur protes

KOTA BHARU 19 Sept. - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyokong hasrat Pemuda UMNO dan Dewan Pemuda Pas bersama-sama mengadakan protes membantah filem anti-Islam, Innocence of Muslims.
Pada masa sama, beliau berharap bantahan itu turut disusuli tindakan yang boleh memberi pengajaran kepada pihak yang melakukan penghinaan tersebut.
"Orang Islam khususnya dan orang Melayu umumnya perlu berbuat sesuatu supaya pihak yang melakukan penghinaan ini sedar, jika tidak perkara ini akan membawa kepada perkara lain dan akhir sekali pembunuhan seperti terjadi di Tunisia.
"Biar pihak itu sedar perbuatannya mendapat tentangan dan jangan kita berdoa atau sembahyang hajat sahaja, itu tidak betul. Protes itu betul, tetapi cara lain terserah kepada keadaan," katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini hari ini.

PETIKAN UTUSAN MELAYU

baguslaa macam niekann sama sama kita mempertahankan islam....
...

SURAT TAWARAN DAN DOKUMEN PROGRAM PNGK 4.00

sukacita dimaklumkan surat tawaran dan dokumen bagi program PNGK4.00 boleh mula dicetak mulai 12 hingga 30 september 2012  mulai jam 5.00pm http://esilav2.jpa.gov.my/online_progs/epenawaran/

keputusan pemohonan ijazah dalam negara 2012

kepada semua pelajar seluruh malaysia yang memohon JPA hari tu...tarikh bagi keputusannye keluar adalah pada 12 oktober 2012  mulai jam 5.00pm http://esilav2.jpa.gov.my/esila_new/index.php